pernah tak korang kene ejek masa sekolah-sekolah dulu? bagi yang pernah mesti anda masih ingat gelaran yang di berikan kepada anda bukan? hahaha.. bila difikirkan balik, ia satu pengalaman yang sebnarnya agak best... tapi ada juga yang memalukan. Bagi yang spoting maybe takder masalah kut... Ada juga yang sampai sekarang masih di ejek sehingga ejekan tersebut menjadi nick name seseorang itu, ialah sampai lupa nama betul..hahahaha
Agaknya apakah jolokan yang diberi pada anda? adakah Mamat Jambul?, Minah senget?, Sengkuang? katak?Toyol? Juling? Boyot? Poyo? dan sebagainya.. Ada yang berbunyi pelik dan tak tau apa maksudnya, cuma mereka yang memberi gelaran tersebut yang tahu. Ada juga yang sampai menangis bila kene ejek.. padahal kene ejek jer bukan sakit pon, maybe sakit hati kut..haha sape x marah bila kene caci kan, lagi-lagi kalau ejekan tu memang tak sedap langsung bunyinya.. sbar je lah. biasalah zaman kanak-kanak atau remaja, semua itu hayalah untuk kegembiraan smata-mata. Kalau takder bende-bende tu mungkin pengalaman di sekolah tak berapa best untuk dikenang. Kadang-kadang orang yang ada nama jolokan ajau gelaran ataupun ejekan nie lagi terkenal di kalangan pelajar lain.. ha.. betul tak? xpasal-pasal dpat publisiti murahan..huhuhu
Bagi yang pernah kene ejek tu.. sbar je lah, anggap ini sebagai gurauan semata dan anggap lah anda ini special, orang lain takder..ahahahha dan bagi yang suka mengejek dan menggelarkan orang dengan macam-macam jolokan tu, hai...awak macam bagus sangat kan...anyway thanks jugak sebab tanpa golongan-golongan macam nie tak seronok pulak sekolah kan...
Tapi jagan lah sampai megejek nama keluarga. Kita ni keluar daripada rumah hendaklah membawa dan menjaga nama baik keluarga kita dengan sebaik-baik mungkin. nama keluarga, mak ayah kita apatah lagi nenek moyang kita jangan lah dipermainkan, kecil hati mereka kalau mereka dengar. Dan jangan pula mengejek anak-anak mereka di depan keluarga, kadang-kadang boleh menyebabkan kecil hati, ye lah, penat-penat mak ayah mereka buh nama untuk anak dia supaya anak mereka dipanggil dengan nama yang indah- indah, kerana nama itu sudah sebagai satu doa. Tiba-tiba kita dengan selamber tukar-tukar nama orang, marahlah mak bapak die ye tak? oleh itu bagi sesapa yang ada niat nak mengejek tu pikir-pikirkanlah nama yang sesuai, janganlah bagi gelaran yang agak kotor atau keterlaluan untuk dipanggil. Jagalah aib orang lain, insyaalah allah SWT akan menjaga aib kita.
nak berkongsi kisah kene ejek? jom2!
aku penah ejek ko ke time skolah temah?hehehehe... x igt la.. if ade tolong refresh memory aku
ReplyDelete