Saya ingin menceritakan kisah seorang hamba Allah yang cuba menghindari kematian. Cerita ini terjadi pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman AS.
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman AS mengadakan kenduri besar-besaran. Semua sahabat haidainya dijemput. Tapi malangnya bagi seorang sahabat. Mengapa? Ketika orang hendak menghidangkan makanan. tiba-tiba datang seorang lagi didepannya. Dia hairan kerana orang ini tidak memberi salam kepadanya. Sudahlah tidak memberi salam, orang tersebut juga tidak menghulur tangan untuk bersalam.
Orang yang baru datang ini asyik melihat sahaja. Dia pun hairan, mengapa orang ini tengok aku? Dia betulkan letak serbannya, kalau-kalau serbannya yang tak betul. Dia lihat kancing bajunya, tapi sudah diancing. Apa lagi?
Dalam kehairanan itu, hidangan pun sampai. Dia pun basuh tangan hendak makan. Tapi hamba Allah di depannya itu tidak membasuh tangan. Dia tidak bercadang langsung hendak makan. Matanya tak berkedip sedikit pun; senyum pun tidak, apa lagi ketawa. Senyap sahaja.
Dia pun naik risau. Jangankan hendak makan, telan air liur pun tak terasa tak jalan. Akhirnya dia tidak dapat makan, sampau masanya ketua hidang kata angkat, hidangan pun diangkat.
Setelah makan, semua tamu pun pulang. Sebelum pulang, para tamu berjumpa dengan tuan rumah mengucapkan terima kasih dan bersalam. Begitu jugalah dengan orang tersebut. Dia pun berjumpa dengan Nabi Sulaiman :
"Assalamualaikum".
"Waalaikumsalam".
"Apa khabar?"
"Bagus. Sudah makan?" tanya Nabi Sulaiman AS.
Bagaimana dia harus menjawab pertanyaan Nabi Sulaiman ini? Hendak dijawab sudah maakn padahal tidak amkan. Bohong pula kepada Nabi Allah. Bila dijawab tidak makan, datang buat apa? Akhirnya dia pun berterus terang. "Sebenarnya saya tidak amkan".
"Mengapa kamu tidak amkan. Aku jemput semuanya makan. Kamu seorang saja yang tidak makan".
"Bukan saya seorang, ada seorang lagi. Saya bercadang juga nak makan, basuh tangan. dia basuh tangan pun tidak, asyik tengok saya. Saya pun naik takut. Bergerun muka dia. Ya Nabi Allah Sulaiman, sahabat saya, cuba bagi tahu saya siapa tetamu yang engkau jemput yang begitu dasyat itu? Mukanya dasyat, bercakap pun tidak".
"Tetamu yang aku tak undang. Dia datang sendiri".
"Apa. Dia datang sendiri?"
"Kalau kamu nak tahu, itulah dia malaikat maut,"jelas Nabi Sulaiman AS. Patutlah tak makan, tak bercakap, rupanya malaikat maut.
"Wahai Nabi Allah Sulaiman, bolehkah kamu tolong aku?"
"Kalau yang boleh, bolehlah. Apa perkara dia?"
"Kamu seorang raja alam, tentulah kamu tahu di mana ada satu pulau yang tidak ada orang?" dia menyangka bila tidak ada orang, malaikat maut tidak ada. Sebab malaikat maut ini mencari orang sahaja.
"Adalah, tapi jauh dari sini,"jawab Nabi Sulaiman AS. Bagi orang yang takut dengan malaikat maut itu, lagi jauh lagi dia suka. "Kalau begitu baiklah, pejamkan mata".
Dia pun pejamkan mata. Maklumlah, Nabi Sulaiman, dia boleh perintah angin dan jin. Celik-celik, sampailah dia di sebuah pulau yang tak ada orang. Tapi yang ada di depannya ialah malaikat maut tadi!
Pasal apa malaikat maut hairan melihat dia tadi? Sebabnya, malaikat maut tahu, inilah orangnya yang akan dia cabut nyawanya 40 minit dari sekarang di satu pulau yang tak ada orang. Tapi mengapa dia ada di sini (di rumah Nabi Sulaiman AS). Bolehkah dia pergi dalam 40 minit ke sebuah pulau yang beribu batu jauhnya itu?
Tak apalah, itu bukan soal aku, kata malaikat maut. Soal aku mesti taat menjunjung segala perintah Allah SWT. Allah SWT perintah aku cabut nyawa dia di suatu pulau yang tak ada orang. Aku tunggu di sana. Jika tak ada orang datang itu dia punya pasal.
Malaikat maut pun menunggu di pulau itu. Tapi mana boleh orang tersebut tidak datang. Dia mesti datang, sebab Allah berfirman :
"Katakanlah(wahai Muahammad) : sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah a akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan(serta membalasnya)". :maksud Al-Quran surah Al-Jumu'ah ayat 8.
Jangan cuba hendak lari dari mati. kematian akan datang juga di tempat pelarian itu. Kematian tidak dapat kita elak.
Sebab itu, kalau sudah sampai ajal mati, tidak usahlah pakai ilmu kebal. Kalau mati dengan peluru, mesti dengan peluru juga; kalau mati dengan air, mesti dengan air.
No comments:
Post a Comment