Tuesday, February 14, 2012

Kenapa perlu buruk sangka?

Hari-hari kita berdepan dengan macam-macam karenah manusia dan juga pelbagai cara hidup serta pemikiran manusia disekeliling kita. Bagaimana kita nak menempuh dan berhadapan dengan masalh seperti ini dalam hidup kita? Sehari-hari ini saya banyak mendengar keluhan dan luahan perasaan daripada orang sekeliling kita akan sesuatu yang mereka tidak puas hati, terutama tentang peribadi dan tabiat seseorang. terlalu banyak mengata perihal orang lain, dah jadi mengumpat, berdosa pulak hukumnya, dah tu menokok tambah cerita, dah jadi fitnah pula, berdosa lagi, lepastu buruk sangka, seolah-olah akan tahu apa yang akan terjadi kepada sipulan tersebut pada masa akan datang? berdosa juga kita, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang tersirat dan juga tersurat. Sedarlah wahai manusia, seburuk mana perangai manusia itu, buruk lagi perangai kita, kita ini hanya insan dan hamba yang lemah sedangkan Allah maha berkuasa keatas segala-galanya. ubahlah pemikiran kita, sepatutnya kita saling berpesan-pesan dan sentiasa menginginkan yang terbaik untuk saudara islam kita. Sentiasa berdoa agar kebaikan akan menang dan kejahatan akan terkubur. sedangkan pantaipun berubah inikan pula manusia. Suatu hari cepat atau lambat, mana tau manusia akan berubah, janganlah kita asyik beranggapan yang tidak elok sesama kita. sentiasa berfikiran positif, muahsabah diri dan saling berpesan-pesan. Yang paling penting adalah banyakkan berdoa. Semoga Allah Mengampunkan kita dan keluarga kita. Amin..

No comments:

Post a Comment