Thursday, December 13, 2012

All about SAKA!

bismillahirrohmanirrohimmm....
Harini aku buat kajian pasal saka... entah betul ntah tidak aku pon xpasti.. tp disebalik kemengarutan tu ada tersembunyi kebenaran.. sedangkan Allah pon dah nyatakan akan kewujudan jin dan syaitan serta ahli sihir yang mengamalkan sihir2 yang melibatkan jin dan syaitan ini. tidak mustahil lah jika aku katakan perkara ini adalah benar dan tidak mustahil berlaku.. sudah menjadi janji syaitan kepada Allah untuk terus menyesatkan anak2 adam, oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati2 dalam membuat apa jua keputusan dan semoga kita tidak bersengkongkol dengan syaitan yang dilaknat Allah S.W.T. Sesungguhnya menduakan Allah itu adalah syirik dan syirik itu adalah tergolong dalam golongan dosa2 besar.

disini aku copy paste maklumat2 mengenai saka yang aku google kat tenet aku yang tak berapa nak laju speed nye.. tp alhamdulillah aku dapat beberapa maklumat.. antara nak percaya atau tidak..terpulang pada diri masing2.

Masih banyak persoalan yang masih aku belom dapat jawapan hasil daripada meng-google kat tenet ni.. tp aku akan terus mengkaji lebih dalam lagi menggunakan kaedah2 yang lain pula.. buat masa ni tatapilah hasil googling aku untuk hari ini... sekian...



SAKA 
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Alam Ghaib
Saka Harimau
Alam:Alam ghaib
Berbentuk fizikal:Tidak diketahui
Mampu berubah bentuk:Tidak diketahui
Mampu menyerupai manusia:Tidak diketahui
Menghisap darah:Tidak diketahui
Dipelihara:Ya
Bermasyarakat :Tidak
Gambaran
Sejenis makhluk halus
yang dipelihara bagi
menjaga diri dan harta benda.
Saka Harimau adalah merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang
 dipelihara oleh seseorang, bagi tujuan memelihara harta benda dan diri daripada musuh. Pemeliharaan makhluk
 halus ini dikenali sebagai saka.
Saka Harimau menjadi pilihan ketua rumah untuk menjaga anak bini dan harta pusaka. Di Negeri Sembilan,
 pewaris Saka Rimau ini hanyalah seorang wanita bukannya lelaki kerana mengikut Adat Pepatih, perempuanlah
 yang menjadi tuan tanah manakala di negeri yang mengamalkan Afat Temenggung,lelaki atau perempuan yang
 akan menjadi pewaris.
Saka Harimau dikatakan mampu menjelma diri sebagai harimau.

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Matlamat

Saka Harimau dikatakan akan dipelihara bagi tujuan memelihara diri atau harta benda daripada diganggu musuh
. Saka Harimau akan menyerang seseorang mereka yang dianggap musuh dan mampu menjelma apabila disuruh tuannya.

[sunting]Status

Saka Harimau adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut
 tempoh tertentu. Dengan itu Saka Harimau tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum
 tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, Saka Harimau akan
menumpang saudara terdekat atau sekiranya putus keturunan, ia akan hidup liar dan mengganggu penduduk
 berdekatan.Akan kelihatan seperti akan ada harimau yang berkeliaran

[sunting]Kelemahan

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela Saka Harimau
 dikatakan mudah naik darah kerana ilmunya yang panas, dan akan diserang saka itu sendiri sekiranya tidak dijaga
 dengan baik, terutamanya sekiranya warisnya tidak mengetahui mengenai saka yang menumpang dirinya.

[sunting]Penelitian secara ilmiah

Penjelasan ini mungkin digunakan bagi menjelaskan mereka yang panas baran. Keluarga yang panas baran mungkin
dijauhi orang kampung kerana takut mendapat menantu yang suka memukul pasangannya.

sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Saka




APA ITU SAKA?


Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini?*Berikut adalah salah satu persoalan yang saya jawab di internet. 

***Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini?

@@@ Pandangan saya:

APA ITU SAKA?

            Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.


            Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

            Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

            Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.


            Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.


            Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.


            Jadi, saya percaya (berdasarkan bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite” kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.


TANDA-TANDA SAKA

Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.


Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.


ADAKAH ORANG YANG ADA SAKA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAH ATAU ORANG YANG DIZIARAHINYA?

Kesimpulannya- boleh memberi kesan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bergantung kepada jenis saka.


  1. Orang yg tahu dia ada saka dan mampu menggunakan sakanya- dia boleh menyuruh sakanya berbuat sesuatu (biasanya yang tidak baik). Ini adalah kesan secara langsung dan sering berlaku.
  2. Orang yang tahu dia ada saka tetapi tidak tahu cara memanupulasikannya- rumah atau orang yang diziarahinya boleh terkena sesuatu akibat perbuatan saka secara tidak langsung, tetapi ini jarang berlaku.
  3. Org yang tak tahu dia ada saka- biasanya tak memudaratkan orang lain.

            Saka boleh memberi kesan atas keizinan Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali.

            Samalah seperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan orang lain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja.

            Di sini kita kena beriman dengan perkara-perkara ghaib. Antaranya percaya jin itu wujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu memudaratkan manusia, ia berusia panjang, jasad kasarnya lemah dsb dan semua itu dengan keizinan Tuhan.


BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI?
           

Bagi yang tahu dan menjaga saka- tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.

Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan.

Bagi yang tak tahu- apabila dah tahu biasanya tak mahu, maka kena lalui proses pembuangan atau rawatan


            Cara rawatan pastinya melalui kaedah tradisional. Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikan boleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, *****a kaedah ini belum popular di kalangan masyarakat awam.


Kaedah tradisional:

            Antaranya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara saja.

            Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula.


            Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.

            Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa  sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin pembantunya sahaja.

                        Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua  .

            Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata.


            Saka/ jin yang kuat sangat sukat untuk dibuang. Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian yang berat.

Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah. Jenis pelesit juga mudah dibuang. Jenis bajang agak sukar. Jin jenis Ifrit lagi sukar kerana ia kuat. Jenis polong saya kurang pasti. Jenis toyol jarang dijadikan saka kerana ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri. Banyak lagi jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’ oleh masyarakat Melayu.


            Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jiak dibuang sembarangan ditakuti saka itu akan mengamok pula, lagi teruk.


            Saya mencadangkan cara rawatan Islam Darus Syifa oleh DR Haron Din dan anak buahnya. Tetapi kaedah rawatan mereka memerlukan sama usaha orang yaag nak dirawat, bukan usaha perawat sahaja. Org yang dirawat mesti meningkatkan ilmu,iman dan amal mereka sendiri untuk membuang dan seterusnya menghalang daripada si saka kembali. Ini lebih baik.

sumber : http://abuzulfiqar.tripod.com/id72.html


Ilmu Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri
Membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.
Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris adakalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan Al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.
Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional. Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.
Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.
Keadaan seperti ini dikenali sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia. Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.
Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan SAKA yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.
Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakkan mewarisi ilmu pemiliknya yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu dia telah mewarisi saka tadi.
Penurunan saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripda keris, lembing ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.
Penting
Objek-objek tersebut pada zahirnya merupakan benda yang dapat dipegang dan dirasa dengan tenaga atau dilihat oleh pancaindera. Objek tersebut hakikatnya adalah merupakan lambang, dimana disebalik lembing atau batu geliga atau lain-lain objek tadi terdapat jin atau jin-jin berserta dengannya. Penurunan kaedah kedua ini biasanya berlaku setelah pewaris meninggal dunia dimana barang-barang tadi menjadi barang peninggalannya si mati (pewaris).
Objek-objek ini terutamanya keris pada kebiasaannya dilangiri dengan air limau nipis pada malam-malam tertentu seperti malam Jumaat, sebulan sekali atau di malam Jumaat awal Muharram setiap tahun ketika bulan penuh dan dipersapkan dengan kemenyan.
Limau nipis merupakan satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai upacara amalan kebatinan termasuk perubatan melayu tradisional untuk memutus ubat, mandi perajan, mandi membuang sial badan dan sebagainya. Kaedah atau upacara melangiri senjata mungkin diketahui melalui pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.
Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira samaada pada asalnya pewaris itu redha atau tidak lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syrat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan ‘tuan’ barunya yang boleh ‘diperintahkan’ melakukan sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan permintaan pelanggan yang datang menemuinya.
Dari sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu seri muka, ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.
Termasuk dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh digunakan untuk menyakiti seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan sebagainya. Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali sebagai makhluk-makhluk halus. Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.
Ilmu Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis
Jenis Pertama
Adalah seperti yang dijelaskan diatas yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya. Selain mencari barang hilang saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w.
Selain boleh ‘digunakan’ untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan saka tadi malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri yang dianggap sebagai tuan tadi akan menyerang tuannya terutama ketika telah uzur,sakit atau ketika tua.
Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila tuannya meninggal dunia dan tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhl;uk ini.
Anggapan ini ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru ia tetap menjadi masaalah kepada manusia terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh agar mereka dapat masuk keneraka bersamanya.
Jenis Kedua
Saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh wrisnya.
Pada kebiasaannya sakit yang berpunca daripada saka tidak kira samada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Senagai contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya. 
Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya apabila sesuatu masaalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.
Hakikatnya masaalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan seperti luka,patah, keracunan, stress, depress dan sebagainya akibat gangguan ataupun sihir.
 Segala punca gangguan ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden tetapi kesemua faktor yang dijelaskan berlaku kepada mangsa.

 sumber : http://perubatanalhaz.tripod.com/id13.html



TANDA- TANDA SESEORANG MEMILIKI SAKA

MAKNA SAKASaka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek- moyangnya dahulu. Boleh jadi Jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. semasa mereka hidup, mereka telah berkawan  dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.

KETIKA TIDUR

1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.
2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 malam atau 3 dan  malam
selepas itu sukar untuk tidur.
3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala,
dan sebagainya.
4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
5. Mimpi di Kawasan Kotor atau Perkuburan.
6. Mimpi Jatuh tempat tinggi.
7. Mimpi Berjumpa atau melihat Makhluk halus.
8. Mimpi Budak Kecil (Menyusukan bayi bagi wanita).
9. Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau,paku dan sebagainya.

KETIKA JAGA

1. Selalu pening kepala (Perubatan Moden tidak dapat kesan).
2. Hilang Ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.
3. Sering Lesu dan Malas.
4. Sentiasa Sakit di Tulang Belakang.
5. Lenguh-lenguh sendi.
6. Terasa sesuatu berjalan didalam Badan.
7. Mudah Marah dan Panas Baran.
8. Cepat mengantuk (terutama mendengar Ayat-ayat quran)
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan
10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.

ANAK CUCU YANG MENJADI SASARAN1. Yang cetek ilmu agamanya.
2. Yang suka melakukan maksiat dan melanggar peraturan Allah.
3. Yang Meninggalkan Ibadat Wajib.
4. Yang lemah fizikalnya dan antibodi.
5. Yang berminat utk memiliki apa yang ada pada nenek moya.
6. Yang mengidamkan kehebatan walaupun dengan cara malanggar perintah Allah.

SILA KE PUSAT RAWATAN ISLAM RUQYAH ISRA UTK RAWATAN



sumber : http://ruqyahisra.com/mengenal-jin/tanda-tanda-seseorang-memiliki-saka/

Adakah Saka Itu Baik?

Sebenarnya tidak saka yang baik. Jin-jin saka biasanya mengaku sska yang baik bagi tujuan rawatan, perbidanan, urut-mengurut, membantu dalam kerja perladangan dan menjaga kebun. Ini semua adalah penipuan jin-jin jahat yang berpura-pura membantu manusia tetapi pada akhirnya menuntut balasan kepada pemilik asalnya dengan menyebabkan sakit, nyanyuk ataupun dikuasai oleh jin ketika umur tuanya.
Jin-jin saka yang baik, mereka mengaku kononya bergama Islam dan atas dasar itu, mereka berlaku baik kononnya demi menolong manusia ataupun mengajar manusia. Hakikat yang sebenarnya, jin-jin saka adalah jin-jin kafir tetapi mengaku Islam dan menipu orang Islam. Penipuan mereka demi menyesatkan serta menimbulkan elemen syirik dalam amalan seperti memohon bantuan daripada jin-jin.
Petunjuk Al-Quran sememangnya melarang manusia meminta pertolongan daripada jin-jin bagi melaksanakan tugas-tugas harian ataupun perawatan. Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya:”`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” – Surah al-Jin : 6
Jin-jin kafir yang mengaku Islam ini selalunya berselindung di sebalik gelaran ‘khadam’, ‘khadam ayat’, ‘rijalul ghaib’, ‘wali-wali Allah’, ‘syeikh-syeikh’ dan ‘malaikat penjaga’. Semua itu mampu merosakkan akidah seseorang kerana penipuan halus ini dapat memperdaya manusia termasuk orang alim dalam agama. Bukankah Allah s.w.t. memerintahkan supaya orang-orang beriman meminta dan berdoa terus kepadaNya tanpa apa-apa perantara? Sekiranya individu itu bersetuju dengan konsep perantara bagi merapatkan hubungan dengan Allah s.w.t., apakah pula bezanya orang itu dengan penyembah berhala yang meyakini berhala itu bukan tuhan dan hanya sebagai medium mendekatkan diri dengan Tuhan?
Jin-jin yang menyamar sebagai penganut agama Islam dan jin-jin saka yang kononnya baik ini memastikan hidup pemilik-pemiliknya susah ketika tua. Tujuan terakhir mereka sama seperti tujuan asal permusuhan iblis dan manusia, iaitu menghalang manusia daripada beriman kepada Allah s.w.t. dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Pada ketika itu, apabila pemiliknya berada dalam keadaan nazak, jin-jin ini akan menyusahkan dan menghalang habis-habisan pemilik-pemilik asal mereka mengucap dua kalimah syahadah.
Sebenarnya, jin-jin Islam tidak bercampur dengan orang Islam. Sekiranya ada perhubungan sekalipun, ia adalah bersifat  minimum dan bukan disengajakan. Jin-jin Islam haram memasuki rumah orang Islam apatah lagi masuk ke tubuh badan mereka. Sekiranya ada jin yang mengaku Islam masuk ke dalam tubuh, rumah, membuat kekacauan ataupun mendatangkan penyakit ke atas manusia, sebenarnya mereka adalah golongan jin kafir yang mengaku beragama Islam.
Kesimpulannya, tidak ada saka yang baik kerana mereka semua hakikatnya jin kafir yang menunggu masa menyesatkan manusia sepenuhnya, iaitu ketika tibanya ajal atau dalam keadaan sakaratulmaut.

Saka Penyebab Derita

Puan Y adalah seorang profesional yang menjalankan perniagaan sendiri dan berumur sekitar 30-an. Beliau telah mengalami gangguan saka sejak zaman sekolah menengah lagi. Sewaktu di alam persekolahan beliau merupakan seorang bermotivasi tinggi dan cmerlang dari segi akademik. Segala masalah yang ditanggungnya bermula apabila nenek beliau meninggal dunia.
Tanpa beliau sedari, gangguan saka keluarga sudah bermula. Prestasi pelajaran beliau merosot dan beliau mula berasa sukar bagi memberikan tumpuan apatah lagi mengingati pelajaran. Beliau kerap sakit-sakit badan dan sakit kepala. Walau bagaimanapun, beliau berjaya menamatkan pelajaran di universiti selepas beberapa kali gagal dan terpaksa mengulang semester pengajiannya.
Sewaktu bekerja makan gaji, beliau kerap kali bermasalah dengan ketua di tempat kerja. Beliau pernah dibuang kerja tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Selepas berkahwin dan mempunyai anak, beliau pernah keguguran beberapa kali. Ketika anak-anaknya masih bayi mereka kerap meragam dan mengalami gangguan tidur.
Sehinggalah beliau datang mendapatkan rawatan. Beliau diruqyahkan dengan ayat-ayat Quran serta diberikan amalan-amalan daripada ayat-ayat Quran serta zikir. Dengan kesabarannya datang mengulang rawatan serta konsisten dengan amal dengan penuh yakin kepada Allah s.w.t., akhirnya masalah gangguan yang menghantui diri selesai. Namun dalam tempoh rawatan berlangsung banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi kerana setiap kali beramal gangguan jin akan menyerang. Akhirnya apabila amalannya konsisten serta rohaninya semakin kuat, gangguan semakin kurang dan lenyap. Beliau pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.

sumber : http://www.penawar.com/v11/category/saka-dan-rawatan/



APA ITU SAKA DAN KENAPA ORANG MEMBELANYA?


Kalau korang dulu-dulu sekolah berasrama dan stay kat asrama, mesti korang suka berborak kan? Kalau tak berborak dan bergossip sambil memuji pakwe masing-masing, mesti korang suka bukak cerita hantu dan saka kan? And then last-last, semua takut sampai tak boleh tidur sampai ke pagi. Yeah, I know.

Dan aku agak lah kan some of your guys mesti ada yang mewarisi saka kan? Well, dari apa yang aku tahu, 70% orang yang mewarisi saka tak tahu pun yang dia tu ada saka. But seriously, korang tahu tak saka tu apa kebenda sebenarnya?

Yeah bro, what the fuuuu is saka?
Saka adalah jin / hantu yang akan sentiasa ikut tuan dia. Tuan dia suruh dia buat A, dia akan buat A. Tuan dia suruh buat B, dia akan buat B. Dengan satu syarat, tuan dia kena buat upacara khas untuk beri makanan kat dia. But, korang mesti tertanya-tanya, macam mana jin or hantu tu ada tuan kan? Well actually, jin dan hantu tu dah buat perjanjian dengan manusia. Bila perjanjian di buat, secara automatiknya manusia tu akan jadi tuan dia. Dan biasanya, perjanjian tu adalah sehingga kiamat. Sebab tu lah saka ni boleh diwarisi.

Ada orang kata saka adalah roh orang mati. Roh sultan, Roh raja dan roh orang-orang tertentu seperti roh seorang pahlawan. Tapi sebenarnya tak. Saka is not roh orang mati. Hantu juga bukan roh nenek moyang kita. Bukan roh nabi. So, kalau dia kata yang dia jumpa Nabi, or Sultan selepas dia buat upacara etc, then itu maksudnya dia baru sahaja bullshitting you. Saka is saka. Saka is ghost. Saka is hantu. Saka is jin and of course, syaitan.

Jenis-jenis saka.
Jin saka ni ada banyak jenis. Ada yang jenis pro, ada yang jenis amateur. Maksudnya, ada jin yang gila kuat dan ada jin yang lemah. Tapi tak kira lah saka kuat or lemah, korang tetap kena jaga dia. Tiap-tiap malam tertentu, korang kena buat ritual untuk saka korang. Dan ini adalah termasuk dengan bermain dengan dia. Tak kisah lah main apa-apa pun. Main lompat-lompat ke, apa ke, asalkan saka tu happy. Kalau tak happy, dia kaan sakitkan hati orang di sekeliling korang. For example, korang adalah perempuan. Korang ada saka. Setiap malam jumaat, korang kena pergi ke tandas untuk berborak dan bermain lap ta li lap dengan saka korang. Kalau tak, saka tu akan kacau seluruh ahli rumah or ahli keluarga korang.


And dari beberapa sumber yang aku tahu, semakin kuat saka tu, semakin besar ritual yang korang kena buat. For example, if saka yang korang ada tu hanyalah saka biasa-biasa je, then korang just perlu asapkan barang perantaraan dia seperti keris, cincin, pedang dan etc. But if level saka tu makin tinggi, korang mungkin perlu korbankan ayam, kambing hitam dan sebagainya. And dari apa yang aku dengar lagi, sampai satu tahap, korang kena korbankan nyawa untuk bagi kat saka korang. Why? Sebab to earn something, you must give something. Something like your-normal-life.

Camne nak tahu eh kot-kot aku ada saka ataupun tak?
Senang je kalau korang nak tahu yang korang ada saka ataupun tak. Korang tengok je diri korang. First tengok diri korang masa tengah tidur.

  • Korang susah tidur malam tak?
  • Orang yang ada saka biasanya akan dapat mimpi pasal kucing, tikus, serigala, ular, anjing and unta. Or selalu mimpi apa-apa yang menakutkan.
  • Mimpi terjatuh dari tempat tinngi or berada di tempat kotor plus kawasan perkuburan.
  • Mimpi nampak budak kecil, salib dan gereja.
  • Bunyi gigi berlaga masa dok tengah tidur. (Actually, dalam sains, ini pertanda orang tu banyak cacing dalam badan)
  • Bila terjaga dari tidur, akan rasa takut je.
  • Selalu mimpi / mengigau sampai menangis, ketawa dan merintih dengan kuat masa tengah tidur.
  • Lebam-lebam (Kesan gigitan saka)
  • Bermimpi buat seks dengan hantu / jin / makhluk menyerupai binatang etc.

Dan jangan risau, if korang pernah mengalami benda-benda kat atas, tak bermaksud korang surely ada saka. Kadang-kadang, mimpi hanyalah mimpi. And for those yang ada saka, tak bermaksud korang akan bermimpi pasal semua yang tersenarai. Sebab ianya tak boleh di duga. However, masa bukan tengah tidur pun, ada beberapa benda yang korang kena aware masa korang tengah terjaga. Sebab, biasanya orang-orang yang ada saka ni akan ada berapa situasi tertentu. Contohnya:

  • Kepala asyik rasa pening. And make it as Migraine.
  • Susah nak buat ibadat.
  • Mudah penat.
  • Selalu rasa sakit di salah satu anggota badan terutama tulang belakang badan.
  • Bila dalam masalah je, terus rasa panik dan cuak.
  • Ada penyakit tertentu.
  • Mudah give up.
  • Amat mudah untuk marah-marah.
  • Sensitive and emo.
  • Selalu rasa macam ada benda kat bawah tapak kaki.

Apa hukum bela saka ek?
Buat member dengan jin under the name of 'khadam' adalah haram dalam Islam yaw. Ni dah dinyatakan dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t. Ertinya

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan." - Surah al-Jin: 6

So yeah, ianya haram. But how if jin tu yang memilih tuan dia? Itu lain cerita. But, if jin tu pilih korang instead dari adik beradik korang, and then korang terima dia dengan senang hati sambil menggunakan khidmat dia and buat ritual untuk dia, maka korang baru je berjaya membuat suatu perkara yang syirik. Dengan kata lain, if you guys tahu yang korang ada saka, better cepat buang sebelum dia buat rampage sebab korang tak nak layan dan beri makanan kat dia.
Dah tahu saka ni haram, dah tu kenapa still ada orang yang bela?

Yaaa. Korang pun tahu yang saka ni menyusahkan. Nak kena buat ritual lah, nak kena lepak-lepak dengan dia lah. Nak kena jaga hati dia lah. Dah tu, kalau tak buat saka tu happy, saka tu mungkin akan rosakkan hidup korang. Nak bela skandal lagi mudah dari jaga saka. So again, kena ada orang still bela saka?
Protection.
Untuk zaman dulu-dulu, ramai nak pakai saka sebab saka ni dikatakan pentang untuk pertahanan diri. Iye lah, zaman perang Jepun and penjajahan dulu. Masa tu, antara cara paling mudah untuk survive dalam hidup adalah dengan membela saka. So untuk zaman sekarang pun, ada yang pakai saka untuk dapatkan kekebalan.
Superpower
Andaikata korang tak puas hati kat seorang mamat ni. Mamat ni sapa? Yaa ex korang. Di sebabkan dia ex korang, dia tahu nak rosakkan hidup korang je. Setiap hari dia stalk Facebook korang then buat cerita buruk tentang korang kat Twitter dia. And then, korang rasa panas gila. Apa yang korang boleh buat? Yeah, korang boleh suruh je saka or pelesit korang kerjakan mamat tu. Tak der hal. And sure mamat tu akan merana gila.
Kecantikan
And then, kalau korang rasa susah nak tackle mamat bangla yang handsome kat kilang korang, korang boleh pertingkatkan kecantikan muka korang dengan menggunaka saka korang tu. Kalau korang malas nak cantikkan diri, korang boleh je gunakan kuasa pengasih.

Perubatan
Some certain saka boleh di guna untuk hilangkan penyakit. Contohnya, bomoh. Ada certain bomoh yang guna saka untuk ubatkan pelanggan dia. Bomoh ni akan baca beberapa mantera and puffff, penyakit tu hilang. But still, ianya haram dalam agama Islam. So, macam mana nak tau pasal bomoh yang guna saka dan bomoh yang guna cara Islam? Senang je. Korang tengok macam mana dia rawat pesakit dia. Kalau bomoh tu keluar dari bilik yang gelap / tandas untuk berjumpa dengan korang, then probabaly yang bomoh tu bukan 'orang' adalah tinggi. Andai kata bomoh tu pakai lilin, then ianya adalah ilmu hitam. And macam-macam lagi lah. Dengan kata lain, jumpa lah ustaz.

Okay Mr-Who-Knows-Everything. Now tell me bagaimana Saka tu boleh main waris-waris?
Ada banyak sebenarnya saka di wariskan. Ada yang secara direct dan indirect. For direct, tuan saka tu mungkin akan berkata "Jin, nanti bila aku dah mati, kau pi lah kat anak aku. Kau pi kat anak aku yang nombor 4 tu." So, bila si owner jin tu mati, jin tu cepat-cepat pergi kat anak lelaki yang nombor 4 tu. And nak tak nak, terpaksa lah si anak no 4 tu tanggung siksa jaga saka. Lagi siksa kalau dia tak tahu apa-apa pun pasal saka. Kan?


As for the indirect waris, ianya lagi simple. Contohnya, pembawa saka tu dah mati. Tapi si mati tu belum sempat 'wasiat'kan saka dia. Bila dia tak sempat nak wasiatkan saka dia, saka tu akan jadi macam bini yang digantung tak bertali. Tak tahu mana hala tuju. Melayang-layang di atas muka bumi. Tak ada belaian kasih sayang. So, bila tak tau nak pi mana, dia cari lah waris kepada owner saka tu. Sebab tu lah banyak kes yang ada orang yang ada saka tapi dia tak tau pun yang dia ada saka.

So, kau kata saka ni haram. Then macam mana nak buang saka ni?
Saka ni, nak buang dia gila lah susah. Mana taknya, dah mak / ayah / nenek / moyang korang dah buat perjanjian dengan jin-jin ni. Ingat senang ke nak langgar perjanjian? Apa korang ingat jin ni macam orang Melayu nak main suka-suka je langgar perjanjian? No way. Kalau ada jin yang mudah-mudah langgar perjanjian, sure dia akan di panggil Jin Melayu. Tapi hingga sekarang still tak ada nama Jin Melayu kan? Haaa. seee? Jin ni, memang pegang pada janji. Memang amat susah nak lari dari dia. So, kalau korang nak buang saka, pergi la jumpa Darussyifa'. Aku dengar citer, ni antara tempat rawatan Islam yang terbaik setakat ni. Sebab kawan aku ada pernah pergi. And katanya ustaz-ustaz kat Darussyifa ni muda-muda semuanya. Bukan je muda malah hensem and suciii jee muka dieorang. Baru balik dari mesir agaknya.

Now you got good reason to take out your saka at Darussyifa.

sumber : http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/10/apa-itu-saka-dan-kenapa-orang-bela-saka.html

Saka dan Keturunan


Soalan:

Bapa saudara saya meninggal lebih kurang dua bulan lepas. Ketika hidupnya, beliau menghadapi masalah yang boleh dikatakan hebat dan menyebabkan kehidupan hariannya tidak begitu tenteram. Menurut seorang ustaz, juga seorang tua yang melibatkan diri dengan perubatan tradisional, bapa saudara saya ini ada saka yang hendak bertuankan dirinya, tetapi kerana amalannya kuat, saka itu tidak berupaya mengganggunya.

Daripada mereka berdua juga, saya mendapat tahu saka ini hendak bertuankan kepada saya. Saya terasa apa yang mereka katakan ada kebenarannya kerana sejak bapa saudara meninggal, kehidupan saya menjadi tidak menentu, cepat marah biarpun kerana sebab yang kecil. Sukar tidur malam, bermimpi didatangi oleh makhluk berjubah hijau pada malam-malam Jumaat beberapa ketika. Ada kalanya saya tidak sedarkan diri apa yang saya lakukan, berjalan seorang diri seolah-olah ada satu kekuatan menarik-narik untuk menapak di belakang rumah waktu maghrib dan banyak lagi perkara yang saya sendiri tidak dapat menghuraikannya.
Apa yang sebenarnya berlaku pada diri saya? Adakah saya di ganggu oleh saka?

JAWAPAN:

Tidak mudah untuk membicarakan masalah yang saudara hadapi, kerana ia adalah di luar pengetahuan manusia secara jelas dan dapat dibuktikan dengan pasti. Persoalan pertama ialah punca masalah yang saudara hadapi yang dikatakan berpunca daripada ``saka''. Tidak mudah untuk menjelaskan masalah yang dihadapi oleh saudara itu berpunca daripada saka, yang melibatkan makhluk ghaib; jin-jin, hantu-hantu dan seumpamanya. Hanya mereka yang mempunyai ilmu yang berkaitan dengan alam ghaib, alam jin-jin sahaja yang boleh menjelaskannya. Itu pun belum pastinya betul.

Berdasarkan alasan ini, orang yang memberi jawapan punca masalah yang sedang saudara hadapi sekarang ini dipercayai mempunyai ilmu yang berkaitan dengan alam ghaib, tidak kira sama ada dia seorang ustaz ataupun orang yang terlibat dengan perubatan tradisional. Tanpa ilmu yang berkaitan dengannya, seseorang itu tidak berupaya memberi penjelasan punca masalah seperti yang saudara hadapi.

Punca penyakit utama boleh dibahagikan kepada tiga, pertama penyakit berpunca daripada kecederaan fizikal seperti luka, serangan kuman, virus, stres, keracunan dan sebagainya yang boleh menyebabkan pelbagai masalah timbul termasuk kesukaran tidur malam, mimpi yang menakutkan dan sebagainya. Punca kedua adalah gangguan daripada jin-jin yang dikaitkan dengan iblis dan syaitan. Punca kedua ini dinafikan oleh sesetengah orang.

Dalam peristiwa yang berlaku di antara Adam dan iblis, iaitu ketika Allah memerintahkan semua malaikat sujud kepada Adam, semua malaikat sujud, kecuali iblis. Kerananya, Allah menjadi murka lalu melaknat iblis, dihukumkan kafir, akan dimasukkan dalam neraka lalu dihalau dari syurga.

Iblis merasakan bahawa kerana Adamlah maka ia dihukumkan kafir dan dimurkai Allah. Kerana itu dia bersumpah akan menyesatkan manusia, kecuali mereka yang ikhlas di kalangan manusia. Selain menyesatkan, iblis sentiasa menyakiti dan menipu keturunan Adam. Banyak contoh dan bukti betapa iblis cuba mengganggu Adam dan Hawa, mengganggu Nabi Ayub termasuk menipu Qabil dan Habil yang akhirnya mereka berbunuhan. Allah memerintahkan setiap orang agar berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Sekiranya gangguan atau ancaman itu tidak wujud, maka apa perlunya seseorang itu berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

Gangguan iblis dan syaitan merangkumi iktikad atau kepercayaan yang boleh menyebabkan seseorang itu sesat; kufur, syirik atau murtad. Selain daripada itu iblis dan syaitan juga mengganggu otak manusia, menyebabkan seseorang mangsa itu berhadapan dengan masalah yang berkaitan dengan otak, pada hati, menyebabkan timbulnya rasa waswas, tidak percaya pada Tuhan, pada agama yang dianuti dan sebagainya. Iblis juga mengganggu jasad manusia menyebabkan seseorang itu berasa sakit pada bahagian jasad yang berkenaan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut perjalanan darah.

Punca ketiga ialah gangguan fizikal yang dituruti dengan gangguan iblis dan syaitan. Orang yang lemah tubuhnya akibat kecederaan fizikal, disertai dengan roh yang lemah lebih mudah diganggu oleh iblis dan syaitan berbanding dengan mereka yang tidak menghadapi masalah fizikal. Orang yang berhadapan dengan masalah stres berpanjangan, lebih mudah diserang histeria berbanding dengan mereka yang hidup tenang, suasana yang menggalakkan dan berupaya meraih ketenangan hidup.

Gangguan iblis dan syaitan ke atas manusia adalah sesuatu yang benar. Ia boleh berlaku yang melibatkan bahagian otak, hati, jasad. Seperti manusia, apabila kehidupan makhluk ghaib itu diganggu oleh manusia, biarpun perbuatan tersebut dilakukan di luar pengetahuan, makhluk ini akan bertindak balas. Gangguan boleh berlaku sama ada ketika berada di hutan, di tempat sunyi jauh daripada manusia, di kubur-kubur dan sebagainya. Tanpa kesalahan atau kesilapan manusia makhluk ini juga sering mengganggu manusia kerana di kalangan makhluk ini memang terkenal dengan kejahatannya. Inilah yang dinamakan ``gangguan''.

Apabila kegiatan manusia itu disokong atau disertai oleh jin-jin, yang terdiri daripada syaitan atau sebagainya, sama ada makhluk tersebut dibela atau dibuat sahabat, maka ketika itu, orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan yang dinamakan ``sihir''. Orang yang melakukannya dinamakan ``tukang sihir''. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin-jin seperti yang dijelaskan.

Meresap

Dengan ilmu kebatinan yang dipelajari dengan sengaja atau tidak disengajakan, orang yang seperti ini berupaya menyeru jin atau jin-jin tersebut meresap masuk dalam tubuhnya. Ketika itu jasad manusia berkenaan akan menjadi seumpama sarung semata-mata. Kegiatan berikutnya yang dilakukan oleh makhluk iaitu jin yang meresap dalam tubuh tadi.

Ketika inilah orang yang berkenaan boleh melakukan kegiatan tertentu bergantung kepada keadaan. Ia boleh melakukan rawatan, yang dikenali sebagai ``rawatan tradisional'', di mana kegiatan tersebut ada kalanya melibatkan amalan menurun, menilik, mengurut dan sebagainya. Penglibatan makhluk ini dalam tubuh, membolehkan seseorang itu melakukan pergerakan silat, biarpun dia tidak pernah mempelajari pergerakan fizikal ilmu persilatan sebelum itu, menjadi kebal dan sebagainya.

Selain daripada itu, makhluk ini juga boleh digunakan untuk menyakiti, atau menyihir orang lain. Menyebabkan lahirnya ilmu penunduk, ilmu penggerun, ilmu pemanis muka dan sebagainya. Perlu diperjelaskan bahawa kegiatan yang dijelaskan di atas ini tidak akan berlaku tanpa adanya penglibatan jin atau jin-jin yang meresap dalam tubuh manusia.

Apabila orang yang memiliki ilmu seperti ini meninggal dunia, makhluk yang terlibat dengan kegiatan individu berkenaan perlu berdampingan atau ``dibela'' oleh orang lain, semata-mata untuk menyesatkan manusia yang biasanya terdiri daripada saudara-mara. Dari sinilah lahirnya istilah ``saka'', iaitu makhluk jin yang berdampingan dengan waris terkeatas itu diturunkan atau dipusakai oleh waris terkebawah, di mana penurunan ini selalunya berlaku di kalangan waris yang rapat.

Penurunan saka ini boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama ia berlaku secara terus, di mana orang yang mempunyai saka itu dengan terang-terangan memberitahu yang dia menurunkan ilmunya kepada orang tertentu. Waris yang terlibat kebanyakannya tidak menyedari bahawa apa yang diturunkan atau yang dipusakai itu adalah terdiri daripada jin-jin atau hantu-hantu. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah istimewa berbanding dengan waris-waris lain kerana mewarisi ilmu kebatinan. Keduanya, penurunan ini berlaku menurut kehendak jin itu sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya pewaris itu telah meninggal dunia.

Saya tidak pasti bahawa apa yang diperkatakan oleh dua individu yang saudara temui itu benar di mana saudara berhadapan dengan masalah saka. Biar dalam keadaan apa sekalipun, masalah yang berkaitan dengan saka seperti yang saya jelaskan adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku.

Saya perjelaskan lagi bahawa saka dalam kehidupan manusia, dalam konteks ini iaitu manusia Melayu adalah sesuatu yang bukan mustahil berlaku. Ia melibatkan jin-jin, membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu yang luar biasa seperti yang diterangkan. Dan apabila seseorang itu menerima saka, ia akan mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh orang yang mempunyai saka yang asal.

Selain daripada jenis saka yang saya jelaskan di atas, satu jenis lain ialah saka yang merupakan penyakit atau gangguan daripada jin-jin tidak melibatkan rawatan. Orang yang terlibat apabila diganggu saka, ada kalanya fungsi otaknya menjadi tidak normal, berjalan di tengah malam tanpa dapat mengawal diri, duduk termenung sendirian, marah tidak menentu, mengamuk dan sebagainya termasuk menghantuk-hantukkan kepala ke dinding.

Apabila orang yang berkenaan meninggal, saka tersebut diwarisi oleh seorang atau beberapa orang waris tertentu. Kesan daripadanya mangsa akan menghadapi masalah yang hampir sama dengan masalah yang ditanggung oleh pewaris asal. Ini adalah di antara simptom utama memperlihatkan bahawa masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berpunca daripada saka.

Manusia mudah terdedah kepada masalah termasuk penyakit kerana manusia itu tidak mempunyai ketahanan diri yang ampuh yang dikenali sebagai ``body resistance''. Orang yang seumpama ini mudah dijangkiti kuman batuk, selesema, sakit kulit dan sebagainya berbanding dengan orang yang mempunyai ketahanan diri yang kuat. Begitu juga dengan kekuatan roh, yang berupaya menolak pelbagai masalah kebatinan atau kerohanian termasuk apa yang dikenali sebagai ``saka'' dalam perbincangan ini.

Kerana itu untuk memperlengkapkan diri daripada diganggu oleh saka iaitu jin-jin tadi, saudara perlu mempunyai roh yang kuat. Roh yang kuat perlu pemahaman agama, di mana ia akhirnya diterjemahkan melalui amalan atau ibadah. Hanya dengan ilmu sahaja seseorang itu menaruh keyakinan terhadap Allah dan ada rasa ikhlas ketika melakukan amalan-amalan tersebut. Itulah yang dikenali sebagai amalan bertakarub, iaitu memperhambakan diri kepada Allah lalu akhirnya seseorang itu mendapat kurnia kasih Allah. Apabila ini berlaku, orang yang berkenaan akan memperoleh kekuatan zahir dan batin. Ketika ini apabila dia bermohon, Allah akan memperkenankannya, dan ketika memohon perlindungan, Allah akan melindunginya. Demikianlah janji-janji Allah terhadap hamba kekasih-Nya.Amalan ini melibatkan ibadah pada waktu malam, dimulai dengan sembahyang taubat, kemudian beristighfar, sembahyang tahajud, sembahyang tasbih, berzikir, selawat dan diakhiri dengan sembahyang hajat.


sumber ; http://penaseorangperawat.blogspot.com/2010/03/saka-dan-keturunan.html

Saka Harimau

Apakah saka? Saka adalah makhluk halus yang dipelihara oleh orang dulu2 (biasanya) untuk menjaga rumah, tanah kebun dan keluarga. Menurut Dr Imran Kasimin, saka juga boleh jadi ilmu yang dipusakai oleh turun-temurun yang melibatkan jin dan makhluk halus.

Antara saka yang dikatakan paling kuat ialah saka harimau. Saka harimau dikatakan boleh menjelma dan menukar rupanya dan menyerang sesiapa saja mengikut arahan tuannya.
Saka ni akan terus berdamping dengan pemiliknya, dan akan kekal selagi tidak dilepaskan secara rasmi. Saka biasanya mengadakan perjanjian darah dengan pemiliknya, bermakna perjanjian hingga ke seluruh keturunan.
Saka diturunkan, biasanya melalui dua cara. Pertama, dengan peralihan hak saka dari generasi di atas kepada generasi di bawah. Misalnya dari seorang ayah kepada anaknya, dan anaknya hendaklah sanggup untuk menerima saka tersebut. Biasanya sebelum meninggal pemilik saka akan mewariskan saka kepada keturunannya. Cara kedua ialah secara tidak langsung, samada apabila pewaris ini menerima barang-barang tinggalan ayah/datuk/moyangnya, atau saka tersebut mencari keturunan di bawah untuk menjadi tuannya mengikut perjanjian darah tadi.
Pemilik saka dikatakan mesti menjaga sakanya dengan baik, atau saka itu akan ‘makan tuan’. Pemilik saka ni biasanya panas baran dan tidak dapat berfikir panjang kerana ‘panas’ saka yang ada dalam dirinya.
Disebabkan saka ni boleh turun secara tak langsung, ramai yang tak sedar yang mereka mempunyai saka. Antara ciri2 pemilik saka ialah:
- sering berasa tidak tenang, gelisah, takut.
- terganggu dalam solat dan ibadah.
- fikiran sering menerawang tanpa kawalan.
- tidur yang terganggu/susah nak tidur.
- sering bermimpikan ahli keluarga yang telah meninggal dunia
Walau bagaimana pun, tak semua ciri2 di atas adalah disebabkan saka. Kalau rasa ada mengalami benda2 di atas, tak boleh terus anggap ia adalah saka. Mesti cari penyelesaian lain dulu.
Perbuatan berdamping dengan saka adalah amalan syirik dan bertentangan dengan agama. Jadi sekiranya didapati ada saka yang ‘menumpang’, eloklah dibuang cepat2. Saka boleh dibuang oleh pengamal2 perubatan alternatif yang berkaitan. Walau bagaimanapun, tak semua pengamal alternatif (perawat2 berkaitan jin, sihir, etc.) dapat membuang saka.
Walau bagaimanapun, janganlah kita bengang/marah/kutuk orang2 tua kita yang memelihara saka (walaupun jelas nyata perbuatan bertentangan dengan agama. Boleh jadi keadaan masa itu amat mendesak, maklumlah zaman itu mana ada pasukan polis semua, jadi salah satu usaha untuk menjaga anak isteri ialah dengan memelihara saka. Masa tu pun mungkin pengetahuan tentang agama amat kurang. Tapi bila saka tu dah sampai kepada kita, janganlah kita teruskan lagi. Buang saja.
Sebenarnya bila bercakap tentang saka ni, tak semua orang boleh terima. Maklumla, zaman dah moden kan. Walau bagaimanapun jin itu memang wujud. Nabi Sulaiman mempunyai pekerja2 dari golongan jin. Di dalam al-Quran banyak disebut tentang Jin, sependek2 surah an-Nas, dan juga terdapat satu surah namanya surah al-Jin. Mereka adalah makhluk Allah juga, tapi mereka tidak berkuasa. Cuma jadi powerful sebab kita ni sejak kecil dah ditakut-takutkan dengan momok, hantu, jin toncet dan sebagainya.
Namun kalau mengalami masalah2 berkaitan emosi, perasaan ni, sebaiknya berjumpalah yang pakar. Jumpa doktor dulu untuk pastikan tak ada masalah berkaitan fizikal mahupun psikologi. Maklumlah kadang2 orang yang mengalami masalah dengan otak (brain) akan mengalami perkara2 macam halusinasi, schizophrenia dan pelbagai penyakit psikologi yang dapat diselesaikan dengan kaedah perubatan dan terapi. Namun sekiranya dah disahkan tidak mengalami apa2 masalah dari segi medikal, cepat2 dapatkan perawat alternatif yang benar2 patuh syariah. Maklumlah zaman sekarang banyak sangat yang menipu.

sumber : http://mysuperkids.net/saka-harimau/

Menyusun Saka

Di zaman ini masih ada juga mereka yang berminat untuk mendapat perkhidmatan dari alam Ghaib....Mendapat Perkhdimatan ini banyak risikonya terutama kalau kean sampai kena bertapa...Maka kenapa tidak diguna pakai yang sedia ada sahaja seperti SAKA

Maka Bermulalah akan ia suatu Ilmu Menyusun Saka....

Saka boleh terbatal perjanjiannya melalui beberapa cara ;

a) Tamat Tempoh perjanjian...paling lama yang pernah didengar ialah 7 keturunan. Perjanjian boleh di sambung semula. Biasanya keturuann di bawah seperti keturunan ke 7 sudah tidak tahu cara berhubung dengan Sakanya. Kecuali memang dia terlibat secara lansung dalam bidang yang memerlukan bantuan makhluk Ghaib...Seperti Bomoh dan lain2..Mereka boleh sahaja menyambung kontrak dengan saka tanpa bantuan orang lain yang berkebolehan.

b) Tamat akibat tidak menjaga perkara-perkara didalam perjanjian semasa mengambil Saka. Ada keadaan Saka akan pergi begitu sahaja bila waris seolah-olah tidak mengikut kaedah2 menjaga yang di perturunkan..With no heart feeling... Saka jenis begini katakan putus di waris keturunan ke 4 dan tetiba waris yang ke tujoh berminat maka Suatu kontrak baru boleh dimenterai...Sukar atau tidak menjalin kontrak baru bergantung kepada Jenis Saka dan tentunya melibatkan apa tugas Saka sebelum ini...Seorang pakar Saka boleh sahaja melihat ke belakang...apakah jenis dan tugas saka sebelum ini...dan boleh berhubung terus dengan Saka untuk mengetahui akan syarat-syarat mengikat kontrak. Biasa saka akan memberitahu kaedah2 menyediakan bahan2 seperti kali pertama mereka membuat perjanjian dahulu...Atau ada syarat dan barangan baru yang di perlukan...sesuai dengan perkembangan semasa...

c) Ada saka datang melaui barang seperti bulu kaki Hantu Tinggi, kerambit, keris, keronsang, cincin dan lelain barangan...Maka Selagi barangan ini terpelihara..saka masih dikatakan berfungsi mengikut amanah dan perjanjian mereka yang mula2 mengambilnya dahulu...Namun walaupun barangan ini telah musnah dek usia...Masih ada jalan untuk mereka berkhidmat kembali dengan syarat hendaklah dihubungi akan saka tersebut...

" Bagaimanapun kaedah membuang barang2 pusaka ke laut/sungai sebagaimana banyak dipraktiskan oleh perawat2 Darul amatlah kurang mujarabnya....Pertama kena pastikan Saka diikat bersama barang tersebut. membuang barangan sahaja tanpa melibatkan Saka...akan menyebabkan Saka lebih mengganas dan mungkin mula mendiami tubuh manusia pula...disebabkan Perumah mereka musnah..."

" Sebaiknya buang aja saka tu..dan barangan tersebut di jual..boleh juga dibuat upah membuang saka..Ada perawat sanggup mengambil keris bersaka sebagai bayaran...Barangan yang terdiri dari misai rimau atau hidupan...Flush aje..."


d) Saka yang dibuang oleh perawat...Perawat yang tidak mahir paling lama 1-3 tahun dan ada yang 3 hari sahaja sudah kembali. Saka akan bebas kembali...( Carilah perawat lain kalau 3 hari dah balik, mungkin bukan tahap dia untuk handle semua jenis saka )

Kalau Saka yang masih berminat dengan Tuan lama biasanya kehadiran nereka ialah melalui petunjuk mimpi. Tindak balas saka biasanya bergantung kepda kaedah membuang saka oleh Perawat suatu ketika dulu...Jika kasar caranya seperti menyembelih tapi tak mati, Rukyah yang membakar sebahagian tubuh mereka...mereka akan berdendam....Dan biasanya syarat2 yang dikenakan jika tiba2 Waris sudah tidak tahan diganggu akibat tiada perawat mampu membantu atau tiba2 berminat membela Saka kembali biasanya lebih ketat....Ada setengah2 perawat yg diminta untuk Setelkan masalah ini terpaksalah bersabar dengan karenah Saka tersebut....Ini berbeza dengan Saka yang datang membalas dendam selepas mereka mampu kembali..biasanya mereka sudah semakin hebat dan not alone anymore...Maybe depa bertapa kut...Maka kalau perawat yang pernah membuangnya dahulu masih di takuk lama....maka bersiaplah....Dendam Kesumat....



sumber : http://darulsaka.blogspot.com/2009/06/menyusun-saka.html

1 comment:

  1. apa yang aku baca tentang ritual dan cara penjagaan saka ni sangat bercanggah dengan pengalaman yang pernah aku lihat dengan mata kasar aku.. namun aku percaya apa yang aku lihat.. si pembela saka tidak pernah mengadakan apa2 upacara syirik malah lebih banyak beribadat kepada Allah... wallahualam...

    ReplyDelete