FAHMI
Sape beliau ni?
Nak tau?
Seorang Sahabat yg dah lama aku kenal sejak aku abis SPM.
Kenal di Ampang Point, kebetulan kami satu kolej.
Apa kisah dia ni?
Just nak share kisah sahabat sebanar.
Sahabat yang betul2 mainkan peranan sebagai sahabat. Sahabat yang tak pernah lupa antara satu sama lain walaupon satu masa dan ketika dulu kami pernah terpisah. Akhirnya kami bertemu semula kerana kami sahabat. Sahabat yang sentiasa ada bersama2 aku ketika susah senang aku.
Apa special dia ni?
Special sangat. Kami macam adik ngan abang. Kala aku susah, dia sentiasa disisi aku memberi dorongan dan sentiasa membantu aku semampunya. Begitu jua sebaliknya. Kala aku bersedih dia lah yang sentiasa menghulurkan bahu untuk tempat aku mengadu.
Lagi? X kan tu jer?
Kesetiaan dia tak berbelah bagi.. Sejahat jahat aku dia menerima aku seadanya, Sebaik baik aku dialah yang paling gembira. X ada rahsia antara kami, tak ada kata terguris hati tersentuh perasaan antara kami. Kami sentiasa terbuka dalam membincangkan apa jua topik. Walopon disaat aku melalui detik2 hitam dalam hidupku, dia yang paling setia disisi, dialah yang paling memahami. Tak pernah menyesal akan kehadiran aku dlam hidupnya. Tak pernah dia meluahkan rase bencinya kepadaku. Walaupon aku tau aku banyak menyusahkan dia.
Dia ni camner orgnye?
Simple n Steady.. Funny n easygoing... Mana2 pon dia ni leh join... budak kecik sampai lah org tua.. kalau serius dia serius kalau melawak dia pon melawak. Tp dia sangat sempoi dan tak der cover line.. slalu telus dan jujur... Orgnye xderlah macho tp manis, kebaikan hati dan budi pekerti(lebih-lebih kalo cakap ngan pompuan) tiada tolok bandingnya.. membuatkan sesiapa yang berkenalan dengannya akan terus kekal sampai bila2.
Keistimewaan?
Melatah.. haha.. sangat cepat melatah,, tapi hati2.. jangan sampai kene flying kick.. itu menjadi tarikan buat dia.. sangat funny bila lepak bersama.. latahnya sangat kelakar membuat sesiapa sahaja terhibur..
Aktiviti?
ermm dia ni aktif dalam PBSM.. mengajar banyak skolah.. kalo ader bencana alam ke.. dia rajin turun memberi pertolongan xkira dalam dan luar negeri.. aku sangat2 kagum dengan sahabat aku ni... ramai anak didik dia skang.. aku pulak naik jeles...huhuhu
Tak de ke keburukan dia ni?
Keburukan org tak baik cerita.. tp lumrah kita insan biasa yg tak lari dari membuat silap.. tp siapalah kita nak hukum sesama kita.. kita jua insan yag serupa.. pernah membuat salah dan dosa..
Nak kata baik sangat tipulah.. ada baik ada buruknya jua.. namun kejahatan dia x mendatangkan keburukan pada diri aku.. aku masih menerima dia seadanya..seperti mana dia menerima aku seadaanya..
Pantang nampak pompuan dahi licin... mulalah menggatal tp dia ni setia orangnya.. tu semua gurauan semata.. biasalah lelaki.. sape suh pakai bikini lepak kedai mamak kan.. bak kata fahmi lah.. xpasal2 dapat menjamu mata free...
Memori..
Aku rindukan saat kami lepak sama2 dulu.. Xpernah sedetik kami berpisah, pernah jua dia menyesal sebab xdapat jaga aku masa aku dalam kesusahan dulu. Tapi aku xsalahkan dia.. Masatu keadaan tak mengizinkan dia berbuat begitu... Aku jua banyak silapnya. Namun dia masih setia mengambil berat tentang aku.
Susahnya nak dapat sahabat yang macamtu... aku bersyukur sangat2 sebab aku mempunyai seorang abang yang sangat2 sayangkan aku, yang tak pernah menyesal dengan aku dan tak pernah lupakan aku.
Apahal lak ni?
Sedih.. disatu saat aku terpaksa berpisah dengan dia.. kerana kau dah berumah tangga. Ada satu kisah yang membuatkan aku menyimpan sedikit dendam terhadapnya.. kerana masa silam aku dan dia tiada disisi aku masatu.. Aku pon pedulikan dia.. tp saban tahun tiap2 kali hari jadi aku dia tak pernah lupa menghantar ucapan melalui telephone.. Kami hanya berhubung melaui telephon je... dont worry.. hubby bucuk aku tau tentang keakraban kami...
sampai satu saat kami bertemu kembali.. tq kepada laman sosial fb n juga blackberry kesayanganku yang membuatkan hubungan kami kembali pulih.. Walaupon kami tak dapat nak lepak macam dulu.. sekurang kurangnya kami dapat melepaskan rindu, berbual dan berkongsi suka duka.
SAHABAT SENTIASA BERSILIH GANTI DATANG DAN PERGI... SAHABAT SETIA SENTIASA DIHATI SENTIASA DISISI X KIRA DEKAT MAHUPON JAUH.. SAHABAT SETIA XKAN MERUNGUT XKAN TOUCHING XKAN EMO. SAHABAT SETIA AKAN SENTIASA MEMIMPIN KITA KEARAH KEJAYAAN BUKAN MEMESONGKAN KITA. SAHABAT YANG BENAR2 SAHABAT SEBENAR AKAN SENTIASA MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.
FAHMI.. adik syg abang macam abang adik sendiri. walaupon satu saat adik pernah menyimpan dendam terhadap abg,, tp adik dah lupakan. adik masih memerlukan seorang abang disamping adik dan suami.. masih mengaharap sokongan abang untuk diri adik dan suami. kerana abang adalah abang adik... seorang suami tidak boleh menggantikan tempat seorang abang.. tak semua perkara kita bleh kongsi dengan suami., tp hampir semua perkara kita bleh kongsi dengan seorang abang .. sebab abg adelah sahabat.. sahabat yg sebenar. semoga Allah berkati persahabatan kita yg mulia ini.
Habis dah? tu jer?
Eh banyak tanye plak... cite banyak2 tak larat.. cite pasal Fahmi Berbulan2 pon xkan habis.. terlalu banyak kenangan terlalu banyak nak ceritakan.
Kepada sahabat2 ku yang lain.. jangan lah touching.. bukan kowang tak baik.. tp aku menjadikan Fahmi ni sebagai role model aku... luv kowang sangat2! wahai sahabat2 ku sekalian...
No comments:
Post a Comment