I'm sorry I can't be perfect

Setiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan tak kira lah kesilapan dengan Tuhan ataupun sesama manusia. Sama ada kita sedar ataupun tidak kesalahan yang kita telah lakukan ataupun tidak. Ataupun kita baru je sedar yang kita telah melakukan kesilapan pada masa lampau. 

Kadang2 kita terlupa yang kita telah melakukan kesalahan dan menyakiti orang lain hanya kerana kita geram atau marah atas kesalahan orang itu, padahal diri kita juga turut sama bersalah. Apabila syaitan  menguasai diri kita maka bermacam-macam perkara yang tidak baik akan berlaku. merosakkan hubungan sesama insan serta dengan Tuhan sendiri. Syukur alhamdulillah kiranya kita cepat tersedar dari kelalaian ini. Tak susah nak  memperbetulkan kesalahan. Hanya dengan memohon maaf dah cukup mengeratkan silatulrahim antara sesama insan. Namun lebih mudah memohon  maaf kepada Allah S.W.T daripada sesama manusia sendiri. Jika tak percaya cubalah.....

Hati ini ikhlas ingin memperbetulkan seribu macam kesalahan yang selama ini terbuku dalam hati. Namun risau akan perkara yang lebih buruk atau yang tidak diingini berlaku.  Kita cuba menyembunyikan satu perkara demi menjaga keaiban orang lain, tetapi kita tak sedar yang kita sedang merosakkan akhlak kita dengan menyakiti orang lain. Bila sering difikirkan tentang perkara macam nie boleh naik gila. Adelah lebih baik jika saling bermafan. Sesungguhnya memang benar setiap daripada kita ada kelebihan mahupun kekurangan. Ada perkara pada diri kita tidak disenangi orang lain tapi kita tak mampu mengubahnya. tetapi dari sudut lain kita adalah orang yang sangat diperlukan dalam susah mahupun senang. Jadi walau bagaimanapun hidup kita saling memerlukan daripada semasa kita hidup sehinggalah saat kita hendah dikafankan. orang disekeliling kitalah yang akan mengambil berat tentang kita.

Nukilan ini adalah lahir dari hati yang ikhlas. Berjuta kemaafan dipanjatkan buat orang2 yang tersayang yang sentiasa hadir disekeliling kita. Khususnya ahli keluarga dan sahabat handai. Saban hari kita asyik memikirkan kebendaan tanpa mengendahkan ukhrawi.... Tiadalah daya dan upaya diri ini untuk kelihatan sempurna melainkan Allah S.W.T. 

http://nurharyanti.blogspot.com/p/beauty-of-islam.html join this site.... the beauty of islam...

No comments:

Post a Comment