Sunday, February 19, 2012

Mengingati Mati

Allah SWT telah banyak mengingatkan manusia tentang kematian. Salah satu peringatan Allah di dalam Al-Quran iaitu:
Tiap-tiap yang bernyawa akan meresai mati.(maksud Al-Quran surah Ali'Imran:185)

Maka jelaslah, segala macam makhluk hidup di dunia ini akan merasai mati baik makhluk dari golongan yang berbadan halus ( malaikat, jin, iblis dan syaitan) ataupun makhluk yang berbadan kasar (manusia dan binatang). Semua makhluk tidak akan kekal. Hanya Allah SWT yang akan kekal dan hidup selama-lamanya.

Kematian itu tidak dapat kita elak sama sekali. Namun, waktu kematian makhluk-makhluk itu tidaklah sama. Semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Ada makhluk yang sudah mati sekarang atau sebelum datangnya kiamat, iaitu golongan manusia dan jin.

Ada juga makhluk yang terus hidup sehingga datang hari kiamat seperti malaikat, iblis dan syaitan. Mereka akan mati apabila ditiup sangkakala pertama hari kiamat.

Pada hakikatnya, kita yakin, seluruh makhluk yang berjiwa, mestilah merasai mati dan mengalami kematian. Di mana sahaja kita berada, maut pasti datang. Firman Allah SWT:
"Dimana jauh kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." (maksud Al-Quran surah An-Nissa:78)

Bilakah datangnya maut? Maut yang sangat menakutkan tu akan datang secara tiba-tiba, tidak ada amaran terlebih dahulu. Kadang-kadang maut itu datang ketika sedang sembahyang, alhamdulillah; kadang-kadang sedang menonton televisyen; ada pula yang sedang menggenggam tiket wayang, masa menonton wayang.

Maut datang tanpa memberitahu kita. Sebab itulah kita mesti berjaga-jaga. Orang dulu-dulu, kalau sebelum kaki jejak ke bumi dia menyebut; Allah. Setiap langkah dia sebut Allah. Sebab apa? Dia berjaga-jaga. Dia tidak tahu bilakah kematian menimpa dirinya. Dia berjaga-jaga agar akhirnya dapat menyebut Allah.,

Di Mekkah, ada seorang ulama yang sentiasa menutup percakapannya dengan menyebut Allah. Bila kita memberi salm, dia menjawab'Waalaikum salam warahmatullahwabarakatuh - Allah- awak ini dari mana-Allah-, " Apa khabar orang Malaysia semua,baik?-Allah-".

Dia menutup semua percakapannya dengan Allah. Dia takut mati dalam keadaan tidak menyebut nama Allah. Dia berjaga-jaga sebab dia tidak tahu bilakah dia akan mati. Dia akan selamat di akhirat.

Kalau kita lihat orang sarkas pun, ketika meniti dawai dengan penuh hati-hati, cermat selangkah demi selangkah. Maka selamatlah dia. Begitu juga kita. Kalau hendak selamat sampai di akhirat hendaklah kita berhati-hati berjalan di bumi Allah SWT.

Maka orang yang sangat berhati-hati tidak mahu perbuatan yang dilarang oleh Allah, apalagi barang yang dilarang-Nya. Sewaktu tidur, misalnya, dia tidak mahu melunjur kaki ke kiblat.

Apalah salahnya melunjur kaki ke kiblat. Tidak ada apa salahnya, tapi dia tidak mahu. Sebab, di sana ada baitullah. Meludah ke kiblat pun dia tidak mahu. Kita berserban, berjubah, meludah juga ke kiblat. Nasib baik tidak berniat menghina Baitullah, perbuatan itu menjadi dosa yang besar.

Walaupun tidak berniat menghina, perbuatan itu menunjukkan kita tidak berjaga-jaga. Kita bersujud hanya lima minit. Kita melunjur kaku dari pukul 10.00 malam sehinga subuh.

Orang dulu-dulu sangat berhati-hati. Sambil terbongkok-bongkok dia mencari arah kiblat. Apakah dia endak membna masjid? "Tidak, aku nak buat jamban," jelasnya.

Hendak membina jamban pun dia mencari arah kiblat terlebih dahulu. Kenapa? dia tidak mahu ketika buang air mengadap kiblat. begitulah dia berhati-hati kerana hendak selamat di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment