Harini saya ikut bonda saya ke mesyuarat amanah ikhtiar. Haha.. seronok jugak bila sibuk-sibukkan diri. Lagipun isi masa dengan perkara berfaedah apa salahnya. Penat memang penatlah, lepas je amik budak balik sekolah terus ke perpustakaan untuk mesyuarat. Dengan telatah budak-budak tu memang setengah jam rasanya macam setengah hari. Tapi seronok, selain dapat kawan baru, dapat melebarkan sayap perniagaan. Kebanyakaan wanita yang hadir semuanya mempunyai pekerjaan dan bakat masing-masing. Rasa seronok sebab boleh bertukar-tukar idea, dalam pelbagai bidang.
Sebenarnya mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah ni adalah tuntutan dalam agama. Orang kata kalau kita ni jenis yang selalu sibuk, kita takkan terkena penyakit lupa (Alzheimer) bila kita dah tua nanti? (sebenarnya saya pon dah mula pelupa) Ye lah.. cuba fikir? Jika otak kita selalu berfikir dan bekerja, ia ibarat kita melatih otak kita supaya sentiasa ingat dan cerdas. Orang yang banyak membaca buku, majalah, ataupun Al-Quran tidak mudah kene penyakit ni. Berbeza pula dengan orang yang tidak suka membaca langsung apatah lagi tidak mempunyai apa-apa aktiviti yang sihat. Mereka ini memang mudahlah jadi pelupa nanti. jadi, rajin-rajinlah menyibukkan diri dengan perkara berfaedah, bukan menyibuk jaga tepi kain orang ye...! jagalah otak kita agar sentiasa sihat dan cergas supaya kita dapat terus beribadah kepada yang maha kuasa Allah SWT sehingga akhir hayat kita, insyaalah..Amin... jangan bagi otak kita jadi cepat lupa, nanti kalau dah lupa macam-macam silap haribulan lupa diri pula..hahhaha..
Janganlah pulak lupa diri... kalau dah lupa diri tu memang bahaya sangatlah. Macam mana kita nak beribadah kalau dah lupa diri. Ialah, dah diri sendiri pun lupa, apatah yang memciptakan alam semesta ini? Allah yang satu. Fikir-fikirkanlah....
No comments:
Post a Comment