Saturday, February 18, 2012

Tak Tau Macam Mana Nak Belajar Agama?

 Ramai di antara kita yang sebenarnya ingin mendalami ilmu agama, namun tidak tahu bagaimana dan dimana. Carilah guru yang mampu mengajar dan menjawab soalan-soalan agama anda dengan betul. Seorang guru yang bertauliah dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang agama. Jika mahu belajar mengaji, carilah guru yang tahu mengaji dan mampu mengajar dan jika mahu bendalami agama dengan lebih dalam, carilah ustaz atau ustazah dan perbanyakkanlah membaca dan rajin mencari ilmu serta bertukar pendapat.
Mendalami ilmu tanpa guru disisi sebagai penerangnya ibarat menuntut ilmu dengan syaitan. Syaitan sentiasa akan cuba menyesatkan kita dalam apa jua keadaan sekalipun, dan janganlah salah memilih guru. selidik lah latar belakang guru tersebut sebelum menuntut ilmu dengannya. Dikuatiri akan mengikuti ajaran agama yang sesat dan salah. Para sahabat sekalian, rujuklah pada al-Quran dan Hadis, sesungguhnya al-Quran adalah panduan hidup kita yang serba lengkap dari segala aspek. Carilah guru untuk belajar al-Quran. Ciantailah al-Quran, cintailah Nabi Muhammad SAW serta sunnah-sunnah baginda. Jadilah hamba Allah SWT yang mukminin. Semoga kita sama-sama memakmurkan agama islam kearah kejayaan. Amin....

No comments:

Post a Comment