Tuesday, February 14, 2012

bila permata bertukar kaca.kawan menjadi lawan

remaja zaman sekarang sangat berbeza berbanding remaja pada zaman dulu. jikalau dulu anak remaja baik lelaki atau perempuan di kawal rapi.sentiasa dipantau hala tuju mereka. walaupun ada dikalangan mereka yang tidak pandai bersekolah atau tidak mampu meneruskan pelajaran, mereka masih menjaga tatasusila, adab dan air muka orang tua mereka. mereka mendapat didikan agama yang sempurna sebagai bekalan untuk mereka pada masa akan datang. berbeza dengan remaja sekarang yang lebih bebas dan pemikiran mereka juga terlalu terbuka sehingga mereka sanggup memalukan diri mereka dan keluarga mereka. mungkinkah pada zaman ini, remajaini kurang didikan agama tau perhatian atau mungkin kerena desakan hidup yang sentiasa sibuk siang dan malam demi mencari sesuap nasi, sehingga mereka terabai?

apakah yang sedang berlaku sebenarnya...sebenarnya remaja mudah keliru tentang hidup mereka. apabila kurang kesefahaman antara ahli keluarga akan timbul masalah-masalah yang tidak diingini.
namun janganlah persalahkan keluarga semata-mata. remaja haruslah pandai berfikir kerana telah dikurniakan akal dan fikiran serta bimbingan sejak kecil. media masa yang teramat canggih telah membuka mata kita tentang perkara-perkara yang terjadi di dunia luar; sepatutnya tidak lagi berlaku masalah-masalah sosial berkaitan remaja. akan saya kongsiakan serba sedikit kisah seorang remaja yang bermasaalah pada post seterusnya.. harapan saya semoga dapat membuka mata remaja-remaja seperti ini agar lebih pandai memilih jalan hidup mereka....agar mereka tidak terus tersesat...

No comments:

Post a Comment