Sedar tak sedar...dah nak masuk Ramadhan dah nie ....Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan dan fikiran kita dalam menempuh hari2 dan dugaan yang diberikan-Nya ..hanya kerana ingin menguji kesabaran kita dan keimanan kita terhadap-Nya. Ramadhan pon dah nak hampir menjelma...bersyukur sekali lagi kerana diberi kesempatan menunaikan Puasa pada tahun ini..Alhamdulillah....
Jadikanlah bulan puasa ini bulan yang berkah, bulan untuk menyimpan azam untuk berubah,, xperlu tunggu tahun baru,, baru nak simpan azam nak berubah... jadikan bulan puasa ini bulan untuk menjauhkan diri kita dari amalan2 yang berdosa, zina dan sebagainya.. jadikan bulan ini sebagai kesempatan dan peluang untuk kita memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik yakni mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. Insyaallah..
Sama2lah kita semua saling berganding bahu menuju ke arah yang lebih baik, berebut-rebutlah kita mencari pahala dari Allah, namun jangan kita lupa pada yang serba kekurangan, serba tidak tahu atau kepada yang lalai. Sama2 kita pimpin mereka mencari keberkatan, janganlah kita mementingkan diri sendiri... Masa inilah peluang untuk kita bersatu sesama muslim menunaikan ibadah yang tidak terhingga nikmatnya.
Oh ye..hampir terlupa pula saya... mohon maaf dari segala kekhilafan yang sedar atau tidak sedar saya lakukan selama ini kepada sahabat2, ahli keluarga dan yang mengenali diri ini. Sesungguhnya tidak ada daya dan upaya diri ini melainkan Allah yang maha Esa. Sejauh mana diri ini berbuat kebencian namun tidak pernah terlintas difikiran untuk memutuskan hubungan silatulrahim sesama islam.. Semoga dengan memanjatkan keampunan kepada Allah serta sahabat handai dan saudara2 semua dapat mengukuhkan lagi ibadat puasa kita..insyaalah...
Kat sini saya nak berkongsi sikit2 info pasal iabadah puasa... apa yang paling penting adalah niat puasa dulu.....jom....
Yang nie adalah lafaz niat harian.. maknanya kita kene baca niat ni hari2 sebelum tidur... tanpa niat tak de pekdahlah puasa satu hari tu....
Yang nie pulak lafaz niat untuk sebulan..maknanya sehari sebelum masuk bulan Ramadhan tu bolehlah baca niat nie pon sebelum masuk tidur... tp kalau dah baca niat nie xpayah baca niat harian pon dah xpe sebab kita dah niat terus untuk puasa sebulan....
Hah.... yang nie doa untuk berbuka puasa...ingat!!! jangan gelojoh.... baca doa nie pelan2 semoga puasa kita diberkati....
Lepas makan jangan lupa baca doa penutup..iaitu doa lepas makan..jangan bantai sendawa panjang2 tapi tak baca doa plak....
Kadang2 kita nie asik belasah jer puasa tapi tak paham kenapa kene puasa.. jom cek menatang nie jap... http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa.
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Dalil
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)}}
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."}}
Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
[sunting]Hukum puasa
[sunting]Puasa Wajib
- Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblahia dilakukan oleh semua orang Islam.
- Puasa Kifarah.
- Puasa qadha
- Puasa Nazar.
[sunting]Puasa Sunat
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
- Puasa enam hari pada bulan Syawal
- Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
- Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
- Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
- Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh. Juga dikenali sebagai Puasa Hari Putih.
[sunting]Puasa Haram
- Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
- Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
- Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
- Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah
- Puasa perempuan haid & Nifas
- Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
- Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
- Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
- Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT
[sunting]Syarat wajib puasa
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
- Berakal/waras
- Baligh (cukup umur)
- Mampu/tidak uzur.
[sunting]Syarat sah puasa
Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
- Orang Islam
- Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
- Suci daripada haid dan nifas
- Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
[sunting]Rukun puasa
Rukun puasa ada dua, iaitu:
- Berniat pada malam harinya
- Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
[sunting]Sunat puasa
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
- Makan sahur serta melambatkannya
- Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
- Menjamu orang-orang berbuka puasa
- Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.
[sunting]Perkara yang membatalkan puasa
Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
- Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
- Keluar darah haid atau nifas
- Gila (hilang akal)
- Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
- Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
- Murtad (keluar dari Islam)
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
[sunting]Mereka yang diizinkan berbuka
Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
- Orang yang sakit .
- Orang yang berkerja buruh.
- Orang yang dalam musafir (perjalanan).
- Orang tua yang sudah lemah.
- Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.
[sunting]Doa buka puasa
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan
[sunting]Tingkatan Puasa
Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
- Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
- Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
- Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.
[sunting]Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan
Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
Sekarang korang dah paham kan ape menatangnye puase nie n kenapa kene puasa n cara2 camne nak puase kan? So janganlah lupa puasa sesungguhnya dengan puasa nie je kita dah dapat berbagai kenikmatan....
No comments:
Post a Comment