MUKADIMAH
Rasanya dah lama x update blog ni.. kekosongan jiwa untuk berkongsi cerita dan masa dan keadaan tidak mengizinkan kebelakangan ni.. alhamdulillah syukur kerana aku masih diberi kesempatan kerana masih diberi kesempatan untuk teruskan hidup ini. BEberapa harini aku rasa tak sedap badan dan kitaran haid pula semakin xbetul. Mulalah rasa semacam.. mungkin aku mengandung lagi atau pon hanya hormon aku yang tak stabil. Nak diikutkan aku ni masih belum ready nak berbadan dua lagi, sbbnya aku baru je melahirkan 4 bulan yg lepas. So aku nak kongsikan sikit pasal pengalaman aku semasa mengandung anak ke-3 ni dan saat melahirkan beliau. Setiap wanita yang punya pengalaman mengandung dan melahirkan punya pengalaman2 yang berbeza. Begitu juga aku...
ANAK SULUNG
Aku ni boleh dikira bunting pelamin.. selepas aku disahkan mengandung, aku xcited sangatlah sebab memang aku rancang nak anak cepat. Tak sabar2 nak ada anak sendiri. Nak kata aku suka budak2 taklah.. tapi nak kan kehidupan berumahtangga dengan lebih sempurna bila dah ada anak.
Sepanjang masa aku mengandung anak pertama aku tak ada apa2 masalah yang serius mahupun alahan. Malah aku masih boleh bekerja dengan kuat sehingga kandungan aku mencecah ke 7 bulan. Masa tu bos aku yang berhentikan aku atas alasan tak mampu nak bayar gaji aku masa aku cuti bersalin nanti. So aku pon redha lah dan paham akan situasi beliau masatu. Aku pon amik kesempatan tu tuk merehatkan diri sebab kandungan aku pon dah membesar. Disebabkan terlalu banyak berehat, makanya naik tembamlah aku dimerata tempat ditubuhku.. hahhaa serius aku sangat tembam masatu berbanding semasa mengandung anak kedua dan ketiga ni.
Masa sakit nak bersalin aku sempat kluar shopping ngan adik aku walaupon amsatu dah tanda sakit nak bersalin. Ye lah kan anak sulung, manalah aku tau camne rasa sakit nak bersalin. Aku ingat sakit perut nak memerut je... hahhahaha
Bila tiba saat melahirkan juga aku sangat bertuah, walaupon aku sakit agak lama semasa di wad bersalin, bayi aku lahir dengan pantas. Cuma masatu aku diserang asma sebab terlalu lama sakit. Syukur aku dan bayi aku tak apa2..
ANAK KE-2
Bila aku dapat tahu aku mengandung anak kedua aku, masatu anak sulung aku dah setahun , so jarak mereka lebih kurang 2 tahun.. pon aku xcited sangat. Mana taknye.. anak sulung aku perempuan, so target nak anak lelaki pulak lah... tapi syukur alhamdulillah Allah beri aku satu lagi Nur dalam hidup aku, aku redha n bersyukur.
Masa mengandung kali kedua ni ada sedikit alahan, biaselah muntah2, mengidam itu ini dan selalu je sakit2. Asyik demam dan macam2 penyakit yang aku tak sangka akan terjadi pada orang mengandung terjadi pada aku.
Tapak tangan kebas...
Semasa kandungan aku mula mencecah 6 bulan, tiba2 tapak tangan kanan dan jari2 aku sume kebas(macam dalam tempat sejuk). Aku tak boleh rasa tapak tangan dan jari2 aku bila aku picit. So aku tak boleh guna tangan kanan aku. Bila pegang benda mesti jatuh. So bila keadaan memaksa aku gunakan tangan kanan aku, terpaksalah aku gunakan dengan berhati hati supaya takde benda yang pecah nanti...
Rahim lemah
Pernah beberapa kali aku mengadu sakit pada rahim xpecially masa aku buat aktiviti berat ataupon bersama hubby aku. Aku ingatkan normal. Tapi ada satu hari semasa tidur, aku tiba2 tak boleh bergerak sebab perut aku sakit sangat .. rasanya macam rahim aku nak tercabut keluar. En hubby pon dukung aku ke hospital dan tidolah aku kad wad masatu. Adalah beberapa kali aku jadi macamtu n resultnye aku terpaksa check in kat hospital. Sehinggalah waktu melahirkan, syukur kepada Allah kerana masa sakit aku sangat singkat, cuma 4 jam je.. saat melahirkan juga sangat mudah. Tapi Allah uji aku dengan perkara lain. Uri aku sangkut. Bukan sangkut saja, malah melekat pada perut aku. So terpaksalah bidan2 tu korek uri tu kluar dari rahim aku. Kalau tak bawak keluar bahaya. Syukur juga kerana aku diberi bius sebab keadaan uri yang sangat teruk dan memang tak bleh main korek2 biasa je. Syukur semuanya selamat dan bayi aku juga selamat. Hampir satu hari selepas aku bersalin baru bayi aku dapat menyusu...kesian dia.. Suami aku cite kat aku yang uri aku tu hancur teruk. Nak basuh pon susah. Takpelah janji semua ah pon selamat...
Pengalaman mengandungkan anak ke-3 ni snagat mencabar berbanding anak sulung dan anak ke-2 aku.
Semasa aku dapat tahu aku mengadung, aku target kalini mesti lelaki sebabnya maka aku cakap kalau lelaki ni alaha nye teruk sikit. Memang betul alahan aku sangat teruk.
Kalau dulu aku sakit rahim, tapi kali ni aku sakit bahagian pinggul. Ya Allah,,, hanya Dia saja tahu betapa siksanya aku masa tu. Aku dah sakit pinggul semasa diawal kandungan aku.
Sakit sikit je
Pada mulanya sakit pinggul tu cuma sikit2 je dan kadang2 je.. aku masih mampu buat kerja macam biasa. Tapi lama kelamaan sakit makin teruk dan buat aku rasa tak selesa. Waktu yang paling sakit ialah masa aku nak bangun ari baring atau tido. Tak kesahlah aku tido kat lantai atau katil sekalipon. Memang payah nak bangun. Aku perlukan sokongan untuk bangun. Memang sakit kalau nak bangun sendiri. Aku pon rujuk pada doktor, katanya memang normal lah pada yang sedang mengandung. Nasib2 je sapa yang kene dan aku antara yang tak bernasib baik la.. so aku pon redha..
Lumpuh?
Hari makin hari keadaan aku makin parah.. kandungan aku baru je cecah 4 bulan.. perut pon tak nampak lagi.. sakit punggul aku dah semakin parah. Aku terpaksa gunakan tongkat untuk berjalan. Kalau dah baring memang susah gila lah aku nak bangkit.Tapi bila dah bangun dan jalan lama2 sikit, dah ok dah tak payah pakai tongkat lagi. Tapi bila aku berhenti pada satu2 posisi agak lama macam aku berdiri lama atau duduk lama, aku susah nak bergerak balik dan perlukan tongkat balik. Pinggul aku rasa seperti lumpuh.. tak boleh bergerak langsung.. Aku terpaksa gerakkan badan dan kaki aku perlahan-lahan sebelum aku bergerak dengan lebih pantas. Azabnya hanya yang pernah merasainya saja yang mengerti.
Mengensot..
Satu malam sewaktu aku nak buang air.. aku cuba bangun seperti biasa. Rumah aku dua tingkat, tandas kat tingkat bawah pulak tu. Aku pon try lah bangun, malas nak ganggu en hubby. Punya la payah nak bangun dari katil, aku gagahi jugak sampai ke pintu bilik. Sampai je kat pintu aku capai tongkat sakti aku.. hahahah... tapi malangnya aku tak mampu guna tongkat tu sebab kau dah tak boleh berdiri.. Nak tak nak aku terpaksa jugak berlawan denagn sakit aku malam tu. Ye lah aku nak buang air, takkan nak hold sampai pagi? ye tak?... Sambung balik cite.. aku jatuh sebabnya aku tak tahan sakit kat pinggul tu. Rasa macam nak tercabut punggung aku ngan pinggang aku. Aku mengensot dari pintu bilik ke tangga rumah.. konon nak turunlah nak g bilik air sendiri.. udahnya mengengsot pon x boleh jugak. Pintu bilik aku ngan jarak tangga nak turun tu xlah jauh sangat.. adalah dua meter je pon.. tu pon amik masa setengah jam nak sampai. Aku dah nangis2 dah masatu.. Tipulah kalau aku tak nangis kan.. sakit gile masatu... macam dah takde pinggang dah rasenye...
Kaku
Apa jadi pastu?.... Sampai je kat tangga aku pon peganglah tiang tangga nak turun sambil mengensot.. dah macam suster ngesot dah aku rase.. huhuhuh Tapi apa nak buat, dah nasib..terima je lah...
Apa nak buat lagi? Jalan takleh apa pon xleh.. aku pon panggillah laki aku.. tapi biaselah dia tu kalau dah tido hanya gurauan aku je yang boleh buat dia terjaga.. haha jangan pikir lain eh... Panggil punya panggil, sambil nangis2 ni...mak aku yang bangun.. nasib tin ggal ngan mak.. Mak aku kluar dah pelik apehal lak aku tido kat tangga.. terus lah aku dibawa ke hospital oleh encik hubby yang telah dikejutkan oleh mak aku tadi., tapi sebelum tu aku buang air dulu. Mana tak nye lama dah hold hajat. Siksa nya nak buang air. kene dukung sampai masuk toilet.
Azab kat Klinik..
Kebetulan hari aku sakit tu hari aku sepatutnya g check up kandungan aku kat klinik kerajaan. So aku rase baik g klinik dulu n mintak pendapat doktor nanti. So en hubby dukung aku masuk lam keta dan terus ke klinik. Masa kat klinik pon aku duk atas krusi roda je. Nak buang air pon aku masuk lam toilet tuk OKU. So rase sedih sangat.. ahak! agak lama lah jugak aku kat klinik tu hampir setengah hari dengan keadaan aku yang serba tak kene, duduk sakit, baring sakit berdiri lagilah tak boleh. Aku tahu jap2 nangis jap2 nangis tu je... Actually nak mintak simpati supaya doktor2 kat klinik tu bagi xtra perhatian kat aku koz aku ni kira kes emegency kut... kan kan kan..?
Check in Hospital lepas satu hari berjuang...
dah setengah hari aku atas krusi roda berjuang melawan rasa sakit.. aku pon masuk hospital... Ingatkan dah g hospital dah lega sikit.. tapi haremmmm... aku tambah lagi setengah hari kat bahagian emegency tu menunggu turn untuk diperiksa. Terpaksa aku lepak lagi atas krusi roda setengah hari lagi mencukupkan satu hari semuanya... sehingga aku dimasukkan ke wad. Masuk wad pon bukan leh wat apa.. just supaya aku dapat berehat sampai aku rasa pulih sikit. Aku nak xtray xleh nak bius pon xleh sebab aku mengandung. So aku makan panadol na berehat je. lepas dua hari baru lah aku dapat berjalan sikit2. Doktor kata aku kene berehat takleh buat keje sangat kalau boleh takleh buat keja langsung.. so terpaksa lah ikut nasihat doktor kan... tapi bukan aku ikut pon...
Syok SANGAT lepak Hospital
Di sebabkan aku maneleh duk diam.. ye lah dengan anak2 yang sedang lasak tu takkan dapat de aku duk diam.. so aku kerap sakit balik yang serupa. lagi2 aku Check In kat hospital yang sama. So kat hospital je lah aku dapat betul2 berehat yang boring.
Saat melahirkan
Akhirnya sampai juga saat aku nak melahirkan.. tapi sebelum tu... belum melahirkan lagi.. Pada petang hari tu masa bulan puasa, aku dah rasa sakit nak bersalin yang kerap tapi tak semakin kuat sakitnya. Aku pon ajaklah bapak aku pergi hospital sebab tanda2 dah ada.. disebabkan masa nak dekat buka puasa, bapak aku suruh hold dulu.. "lek lu.. blasah lemang dengan rendang dulu.." kata nya... aku pon blasah lah.. lepas berbuka en hubby yang bawak aku g hospital. Sampai kat hospital doktor suh aku balik sebab pintu rahim belum bukak.. hek eleh.... penat je aku datang.. apa nak tunggu lagi? hari dah malam.. balik tido ah.. perut sakit lak tu...
malam tu takleh tido.. kejap2 sakit perut. Esok tu aku bangun pagi seperti biasa xde lak rase sakit.. dalam kul 9 pagi aku ingat lagi, masa tu bestfwen aku adtang tapau mcd tuk aku... masatu dah sakit balik dah.. tapi aku blasah melantak mcd dulu... sebab dok dah [esan kalau sakit kerap dan kuat baru datang hospital.
Bila member dah blah, en hubby plak baru bangun tido.. masatu aku baring2 je sebab kalau aku jalan2 aku tak dapat nak kesan sakit aku.. hahahah so bila aku dah menonggeng nonggeng kesakitan tu apa maknanya tu? nak bersalin lah apa lagi kan? rushing balik g hospital.. naik muak aku g hospital tu sebenarnya...
Putus Harapan
Kali ini aku sakit pon kejap je.. beberapa jam je aku masuk labour room tu.. tapi dasyatnye kali ni aku susah sangat nak lahirkan anak aku. Aku tak ada tenaga nak teran. Sampai aku hampir putus asa. tapi bila mengenangkan keselamatan anak aku dan dibantu oleh en hubby.. aku gagahkan jugak.. aku lawan kesakitan dan kelemahan tubuh aku... Air mata aku mengalir tanpa dipaksa.. bercucuran macam air paip. Menggigil seluruh badan aku. Sakitnya gigi aku kuketap. Aku genggam tangan en hubby sekuat kuatnya.. sakit tengkuk aku kulawan, sakit pinggangku aku redah... yang keluar hanya air mata dan darah wiladah aku yang banyaknye. semata- mata ingin melahirkan anak tersayang. Akhirnya si kecil bersuara.. walaupon bayi aku dah buang air besar masa dalam perut, aku lega bercampur binbang akan tindakkan selanjutnya iaitu mengeluarkan uri.
Lekat lagi
Menggigil seluruh badan aku sangat luar biasa... seolah olah aku mati hidup semula...Air mata aku masih belum berhenti megalir. Bila en hubby dukung dan azankan anak aku baru aku mampu tersenyum. Tapi azab aku masih belum lepas. Aku terpaksa berdepan dengan situasi dimana uri aku terpaksa dikeluarkan. Disebabkan uri aku lekat laki tapi lekatnye tak teruk sangat aku tak perlu dibius, bidan2 semua buat cara manual je. Aku nak cerita pon segan tapi sangatlah sakit sampai terangkat angkat pinggang aku dan menjerit jerit aku masatu. Agak lama sebelum uri tu dapat dikeluarkan. Habis semua bantal ngan cadar aku tarik. Sampaikan aku mintak bidan tu stop kejap sebab tak tahan sakitnya. Bermacam doa aku baca, aku berserah pada Allah taala supaya permudahkan segala urusan. Alhamdulliah akhirnya uri aku dapat dikeluarkan.
2 hari baru lega
hampir 2 hari aku kat wad bersalin.. baru aku rasa lega.. sakit aku dah macam orang operation..sampaikan kakak2 yang sebelah aku ingat aku beranak operate. Aku nak bergerak susah sebab tubuh aku masih menggigil. Kesian anak aku tak dapat menyusu dengan sempurna sampai terkena jaundis. Tapi syukur jaundisnya tak kekal lama.
KATA DOKTOR PESAKIT PUAN
Semasa aku menjalani rawatan fisio akibat kekejangan yang berlaku pada otot pinggul aku(sewaktu mengandung), doktor kata tu semua normal. Nasib la ada orang kena ada orang tak. Lain anak lain ragamnya, Tapi kalau dah pernah terjadi tak mustahil boleh terjadi lagi pada kandungan seterusnya. Kebarangkalian untuk terjadi lagi pon agak besar. Sama juga dengan kes uri lekat tu. So apa yang perlu buat hanya redha dan harus bersedia dari segi mental dan fizikal jika nak mengandung lagi. Dan kena pastikan tubuh badan betul2 kuat untuk mengandung lagi.
NIKMATNYA MELAHIRKAN
Semasa mengandung adalah saat yang paling bahagia, walaupon bermacam dugaan yang ditempuhi, tak boleh diganti dengan moment kita mengadungkan anak, melihat perut membesar, berkomunikasi dengan anak didalam rahim, merasakan makhluk yang berada dalam tubuh kita, dan menunggu saat-saat melahirkan itu. Sangatlah indah dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang mengerti.
Namun saat melahirkan adalah saat yang paling nikmat. Walaupon sakit, kegembiraan selepas melahirkan itu tidak terkira. Apatah lagi melihat anak yang comel dan sihat. Segala keperitan hilang sekelip mata. Segala kepayahan yang dirasa selama 9 bulan mengandung lenyap begitu saja. Begitu besar nikmat yang Allah berikan pada ibu yang melahirkan anak. Ya Allah aku bersyukur padaMu Ya Allah. Sesungguhnya akan aku jaga dan didik amanah yang Kau berikan padaku. Berbekalkan semnagat dan doa padaMu.. semoga anak2ku menjadi anak2 yang solah dan berbakti kepada masyarakat dan agamamu ..
PESAN BUAT ANAK2
Disini aku sebagai seorang ibu, sentiasa menginginkan anak2 ku menjadi yang terbaik dan tentunya soleh dan solehah. Aku pinta pada semua, sayangilah ibu kita seperti mana ibu kita sayangkan kita sepenuh jiwa dan raga. Jagalah ibu kita sepertimana ibu kita jaga kita dengan penuh kasih sayang dari kecil hingga kita dewasa. Susah payahlah demi ibu kita sepertimana ibu kita bersusah payah mengandungkan, malahirkan, membesarkan dan memberi didikan pada kita semua. Bayangkanlah betapa banyak air mata ini saat mengandung dan melahirkan. Ubatilah sakit ini dengan kasih sayangmu wahai anak2 yang soleh dan solehah.
PESAN BUAT IBU2 MITHALI
Aku jua sebagai ibu, sentiasa mencari jalan cara bagaimana mendidik anak2 agar mereka menjadi seperti yang kita inginkan. Sentiasa prihatin terhadap mereka. Jangan abaikan wlau sedetik. Pastikan mereka membesar menjadi seorang yang soleh dan solehah. Laksanakan tugas yang telah diamanatkan oleh Allah kepada kita sebaik baiknya. Selebihnya kita berdoa kepada Allah semoga anak2 kita sentiasa dilindungi dari hasutan syaitan dan manusia.