Friday, April 13, 2012

Jantung Hati

Pada saat melihat sara terlantar di wad kanak2, satu perasaan yang sangat sukar digambarkan, mungkin hanya seorang ibu yang dapat merasaai penderitaan anaknya saja yang mengerti. Jantung bagaikan nak gugur tiap kali sara batuk tak berhenti. Saat tu Allah saja peneman hidup, teman mengadu kerana hanya Dia yang mampu menenangkan perasaan aku dan hanya Dia yang mampu menolong aku. Bukannya aku tidak mahu berkongsi saat itu dengan rakan2 tp aku lebih tenang disamping sara tanpa gangguan dari sesiapa.
Sejak saat sara jatuh sakit, aku sering tak dapat tido lena  dan selalu saja tak tenteram tiap kali sara batuk walaupun hanya batuk biasa. 
Keadaan semakin rumit apabila juju pon sakit, walaupun tak teruk aku amat berhati-hati dan risau. Segala langkah pencegahan aku ambil supaya perkara yang paling aku tak inginkan dapat dielakkan. diikuti dengan keadaan aku mengandung dan sering mengalami komplikasi semasa mengandung ni. Aku merasa sukar menguruskan anak2 dengan keadaan macam nie. Adakala aku merasa putus asa, mujur ada abang yang selama nie menjadi nadi ataupun kekuatan untuk aku teruskan tanggungjawab. 
Sekarang semuanya terkawal. Aku bersyukur semoga semuanya baik2 sahaja.