Monday, December 16, 2013

Diam2 rupanya berisi lagi..



Mengandung lagi?



Bismillahirrohmanirrohim.. Assalamualaikum..

Rasanya dah lama beno tak update blog ni.. lebih setahun selepas melahirkan anak no3 tahun lepas.. Masih ingat entri berkenaan Nikmatnya Melahirkan..

Dalam entry tahun lepas aku banyak menceritakan tentang nikmat melahirkan anak yang tidak tergambar dengan kata2 walaupon sakit yang ditanggung selama mana mengandungkan anak itu dan saat melahirkan dan selapas melahirkan jua. Hanya seorang ibu yang pernah melahirkan dapat merasa nikmat tersebut.

Aku banyak berehat daripada meng-update blog ni disebabkan aku mengandung lagi selepas habis pantang tahun lepas.. gila express kan... nak wat camne.. subur.. aku ngan en suami tak menolak rezeki yang Allah kurniakan, memang betul Allah Maha Kaya.. setiap anak tu ada rezeki masing2 yang telah Allah tetapkan.

Saat2 aku mengandung dan melahirkan Nur Qayirah tahun lepas (2012), mengalami saat2 yang penuh dugaan dan cabaran, sehingga aku rasa serik nak mengandung lagi,, tak sangka pulak lekat cepat sangat lepas pantang tu.. Masa mula2 dapat tahu aku pregnant lagi, perasaan gembira.. biasalah ibu mana tak happy bila tau mengandung lagi,.. tapi dalam masa yg sama aku rasa sedikit gementar, ye lah mana tak kecut perut, sejarah mengandung yg lalu, aku mengalami pelbagai masalah sehingga aku lumpuh tak boleh berjalan. Rasa cuak juga kut2 perkara yg sama berulang semasa mengandung kalini. Namun.. aku kuatkan semangat dan berdoa kepada Allah agar dijauhkan segala penyakit dan permudahkan segalanya untuk aku semasa aku sedang mengandung dan sewaktu bersalin.

Alhamdulillah... Tak ku sangka apa yg aku takutkan langsung tak terjadi pada aku... 9 bulan beb aku mengandung, aku sangat2 aktif.. Rezeki berlimpah.. Perniagaan semakin mendapat sambutan.. Aku tak menang tangan uruskan pelbagai hal perniagaan sambil menjaga anak2 dan juga bayi yang masih kecil.. dan aku sempat belajar memandu untuk dapatkan lesan motor dan kereta supaya aku senang nak bergerak kemana-mana tanpa menyusahkan orang lain. Dalam keadaan sarat mengandung tu.. aku naek motorsikal utk kemana2 sampailah usia kandungan aku 9bln. terkejut beruk kakak2 tempat aku amik stok barang2 berniaga aku.. hahah.. aku dah kata.. kali ni aku sangat aktif dan lasak..

Walaupon aku seorang suri rumah yang tidak bekerja.. aku menjalankan perniagaan sampingan secara kecil2lan dan secara online saje dirumah.. aku hanya menggunakan masa2 terluang aku untuk menjalankan perniagaan aku. Aku masih seorang ibu yang sibuk, seperti ibu2 yang lain, tugas da  tanggungjawab tetap dilaksanakan, daripada urusan rumah tangga hinggalah ke anak2.. semua aku tidak abaikan, mujur dapat suami yang sporting.. tolong2 jugaklah ..mana yg patut...jadilah dari xtolong langsung.. haha

Kadang2 masa sangat mencemburui aku, aku rasa dalam 2012, jarang2 aku tengok tv.. sampai aku tak tau citer apa yg sedang ditayangkan.. masa yang aad aku mengadap lappy aku untuk update produk2 terbaru.. kadang2 aku update guna handphone jer sambil buai anak tgh tido.. ada juga aku update sambil tunggu no giliran dekat pejabat pos atau klinik untuk checkup aku sendiri atau anak. Maklumlah aku mana ada masa sebabkan ada sikecik.. so aku gunakan masa yan ada untuk urusan kerja.

Walaupon aku pantas menguruskan masa aku yang terluang,, aku sangat kalah dengan anak2. Lebih lebih lagi kalau diowang sakit... Ya Allah.. ha nya Allah saja yg tau camner perasaan aku. Aku takkan boleh nak buat kerja. Makanya kerja2 akan tertangguh. Bagi aku.. biarlah aku fokus pada anak2... rezeki tu kalau Allah dah tetapkan tak kemana.. hanya tinggal usaha dan doa.. anak2 kalau sakit.. kesian.. dia susah kita pon susah.. anak tu amanah Allah untuk kita jaga dan didik mereka sehingga mereka jadi insan yang sihat dan berguna. Insya-Allah..

Dalam kesibukan hari2 aku.. tup2 dah masuk 9 bulan kandungan aku.. biaselah anak yg ke-4, aku dah leh agak dah timing nak bersalin tu... waktu aku nak bersalin Qayirah tahun lepas, aku contraksi dua hari.. doc suruh aku balik lepak kat umah dulu sebb pin tu rahim tak buka lagi,... nasib baek lah kontraksi aku xdelah makin kuat.. kalau x.. naye aku menahan...

So masa nak bersalin no-4 tu pon masalah sama jadi.. tp xderlah sampai 2 hari.. aku start sakit dari pagi tp on n off.. jap sakit jap ok. so aku agak dah ni sure nak meletup dah ni.. aku duduk xsenang, baring xselesa, berjalan po  kejap2 kejang.. so aku still relek lah dulu kan sampai btol2 rase nak bersalin baru aku decide nak g hptl..

Macam biasa aku melayan lappy aku seharian .. kebetulan time tu baru pas raya..anak2 aku lepak ngan mak aku dan en.suami plak tak kerja... kontraksi masih berlaku makin lama  makin kerap tp skitnya sama takdelah makin kuat..aku pon relax lagi siap sempat update kat fb n twitter tentang keadaan aku.. hahaha kelam kabut lah bff semua ingat aku dah bersalin..

Petang tu aku dah rase dah kontraksi makin bertambah kuat .. aku masih bertahan sebb aku malas nak tunggu kat hptl tu lama2.. aku boleh jadi tensyen dengar org nak bersalin terjerit terlolong kat hptl tu.. hmm daripada aku cool bleh jadi menglabah... baek aku relex je kat umah..

Aku selesai buat kerja2 aku mengadap lappy aku lebih kurang pukul 11 malam, aku pon cubalah nak tido walaupon perut dah sakit. Tapi aku blasah gak lah tido sebb sakitnya tak makin kuat.. sama jer dari siang tadi camtu lah.. so aku pon tido.. tengah baring2 tu sakit kuat tetibe datang.. aku tutup mata dan pegang bahu en,suami kuat2..menahan sakit sebenarnya.. aku tido balik bila kontraksi hilang.. malas nak bangun sebb baru sekali sakit kuat.. kali kedua sakit aku tarik lengan baju en.suami sekali lagi.. terus aku bangun dan duduk kat bucu katil.. buat apa? tunggu lah kontraksi kuat kali ketiga.. hahaha selang 5 minit kontraksi lagi.. hmm aku pon salin baju terus gerak en.suami aku hantar aku ke hospital.

On the way ke hospital en suami sempat lagi tanya aku sama ada aku btol2 dah nak beranak ke blom? sebab dia malas nak balik umah balik pastu hantar aku balik macam kes tahun lepas.. hahaha hampeh punye laki..berkorban skit pon berkira..

Sampai jer hospital, cek2 dah bukak 6 cm u ols!!! amik ko!!! kalau aku lambat skit terberanak aku kat rumah... hahaha tu lah degil sangat.. nurse kat klinik dah gtau kalau sakit kuat kali pertama tu trus g hospital jangan tunggu.. tp aku tunggu sampai sakit kuat 3 kali.. dalam kete sakit lagi ntah brape kali aku tak kira lak,,,

So apa lagi nak tunggu, aku pon terus masuk labour room tu tuk tunggu time nak deliver.. perghh tak sabar2 aku nak beranak time tu.. bukan ape.. aku tak tahan dah sakit.. huhuhu... aku pon bacalah surah2 amalan yang aku ingat.. tp kalau bersalin kat hospital ampang tu.. kat dinding labour room tu ada tampal ayat untuk kurangkan rasa sakit dan bla bla bla yg sewaktu dengannya lah.. aku pon bacalah.. terkumat kamit mulut aku baca pelan2 sambil tahan sakit kontraksi yg datang makin kerap.. habis kain cadar katil aku tarik2.. fuh sakit bak ang.. aku tetap cool... sakit pon aku leh senyum2 kambing lagi kat nurse2 yang lalu lalang... tp minah kat labour room sebelah aku spoil mood aku lah... terjerit2.. terlolong.... xde iman ker apa.. kita sakit nak bersakin tu pon mengerang skit2 jer.. tahan nafas banyak... kalu x memang terjerit n boleh terteran sebelum waktunya dan boleh sebabkan bontot terkoyak.. kan naya tu..tak pasal2 banyak plak kene jahit nanti...padan muka...

Aku pon pekakkan telinga walaupon dah skit gabrah sebb bilik sbelah dah macam nak mati aku dengar,,, sampailah saat aku pon nak deliver.. pintu rahim aru bukak 7.. aku dah xleh tahan sebb dah rase kepala baby nak kua... aku gtau doc n bidan2 tu sume aku nak push dah... MAK aih!! doc tu leh tahan2 aku nak beanak... die bg aku oksigen supaya aku leh tahan  sakit... n die tolak kepala anak aku kedalam balik,... kepala o***lah... sakitlah b***.. geram aku,,,aku punyalah bengang,,, aku campak oksigen tu .. dan terus push... sekali nafas jer wa cakap sama lu... terus menggelongsor baby aku kluar... en.suami pon xsempat tengok,.. tau2 dah keluar jer... leganya Allah yg tahu.. tp still uri aku sangkut lagi..........................adoiiiiiii.

Nak wat cane... kenelah kluarkan uri yg sangkut tu plak... dikorek2 perut aku yg baru je pas beranak ni... sakitnya tak yah ceritalah seb aku dah cerita dah dalam post aku sebelum ni betapa sakitnya bila uri sangkut.. leh mati woo kalau lambat keluarkan... Alhamdulillah akhirnya dapat jugak dikeluarkan.. aku xmo lah masuk biik OT tu.. kene bius setengah badan.. ish xmo payah lah.... sakit giler plak tu nak bius kat tulang blakang tu.. jarumnya mak datok punya besarlah.... seriau aku nok...!

Akhirnya dalam masa kurang 2minit jer aku melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel dan telah aku dan suami bersepakat memberi nama Muhammad Rayqal kepadanya. Semoga beliau jadi anak yang soleh dan berguna kepada bangsa, negara dan agama pastinya.

Citer punyer citer.. anak aku sekarang dah nak masuk 4 bulan.. kejap jer kan amsa berlalu.. anak2 aku sume cepat2 membesar.. 4 bulan dah meniarap.. yg si kecik ni pon dah mengiring dah.. sebok btol nak niarap.. kalau buh bantal tinggi skit.. pas sangatlah dia niarap.. hahaha..

Bertambah kakitangan aku kat rumah tolong aku uruskan hal2 yang sepatutnya. hmm tambah lagi tugas2 aku dan makin singkat masa2 aku.. Namun aku bahagia disamping anak2 yang rapat2 jarak umur mereka.. mereka lebih menyayangi antara satu sama lain.. gado2 tu biaselah kanak2 tp hubungan adik2 beradik tu kuat.

Aku harap suatu hari nanti nukilan aku ni dapat dikongsi kepada anak2 aku.. dan dijadikan pedoman dalam kehidupan mereka kelak.. dan sebagai panduan kepada mereka semasa mereka pula menjadi ibu dan ayah kepada anak2 mereka.. Tiada yg lebih bermakna untuk seorang ibu dan ayah selain daripada melihat anak2 menjadi indan yang berguna dan bahagia dunia akhirat.. Insya-Allah... Amin,,,

Tuesday, January 8, 2013

Nikmatnya Melahirkan












MUKADIMAH
Rasanya dah lama x update blog ni.. kekosongan jiwa untuk berkongsi cerita dan masa dan keadaan tidak mengizinkan kebelakangan ni.. alhamdulillah syukur kerana aku masih diberi kesempatan kerana masih diberi kesempatan untuk teruskan hidup ini. BEberapa harini aku rasa tak sedap badan dan kitaran haid pula semakin xbetul. Mulalah rasa semacam.. mungkin aku mengandung lagi atau pon hanya hormon aku yang tak stabil. Nak diikutkan aku ni masih belum ready nak berbadan dua lagi, sbbnya aku baru je melahirkan 4 bulan yg lepas. So aku nak kongsikan sikit pasal pengalaman aku semasa mengandung anak ke-3 ni dan saat melahirkan beliau. Setiap wanita yang punya pengalaman mengandung dan melahirkan punya pengalaman2 yang berbeza. Begitu juga aku...

ANAK SULUNG

Aku ni boleh dikira bunting pelamin.. selepas aku disahkan mengandung, aku xcited sangatlah sebab memang aku rancang nak anak cepat. Tak sabar2 nak ada anak sendiri. Nak kata aku suka budak2 taklah.. tapi nak kan kehidupan berumahtangga dengan lebih sempurna bila dah ada anak. 

Sepanjang masa aku mengandung anak pertama aku tak ada apa2 masalah yang serius mahupun alahan. Malah aku masih boleh bekerja dengan kuat sehingga kandungan aku mencecah ke 7 bulan. Masa tu bos aku yang berhentikan aku atas alasan tak mampu nak bayar gaji aku masa aku cuti bersalin nanti. So aku pon redha lah dan paham akan situasi beliau masatu. Aku pon amik kesempatan tu tuk merehatkan diri sebab kandungan aku pon dah membesar. Disebabkan terlalu banyak berehat, makanya naik tembamlah aku dimerata tempat ditubuhku.. hahhaa serius aku sangat tembam masatu berbanding semasa mengandung anak kedua dan ketiga ni. 

Masa sakit nak bersalin aku sempat kluar shopping ngan adik aku walaupon amsatu dah tanda sakit nak bersalin. Ye lah kan anak sulung, manalah aku tau camne rasa sakit nak bersalin. Aku ingat sakit perut nak memerut je... hahhahaha
Bila tiba saat melahirkan juga aku sangat bertuah, walaupon aku sakit agak lama semasa di wad bersalin, bayi aku lahir dengan pantas. Cuma masatu aku diserang asma sebab terlalu lama sakit. Syukur aku dan bayi aku tak apa2..

ANAK KE-2

Bila aku dapat tahu aku mengandung anak kedua aku, masatu anak sulung aku dah setahun , so jarak mereka lebih kurang 2 tahun.. pon aku xcited sangat. Mana taknye.. anak sulung aku perempuan, so target nak anak lelaki pulak lah... tapi syukur alhamdulillah Allah beri aku satu lagi Nur dalam hidup aku, aku redha n bersyukur. 

Masa mengandung kali kedua ni ada sedikit alahan, biaselah muntah2, mengidam itu ini dan selalu je sakit2. Asyik demam dan macam2 penyakit yang aku tak sangka akan terjadi pada orang mengandung terjadi pada aku. 

Tapak tangan kebas...

Semasa kandungan aku mula mencecah 6 bulan, tiba2 tapak tangan kanan dan jari2 aku sume kebas(macam  dalam tempat sejuk). Aku tak boleh rasa tapak tangan dan jari2 aku bila aku picit. So aku tak boleh guna tangan kanan aku. Bila pegang benda mesti jatuh. So bila keadaan memaksa aku gunakan tangan kanan aku, terpaksalah aku gunakan dengan berhati hati supaya takde benda yang pecah nanti... 

Rahim lemah

Pernah beberapa kali aku mengadu sakit pada rahim xpecially masa aku buat aktiviti berat ataupon bersama hubby aku. Aku ingatkan normal. Tapi ada satu hari semasa tidur, aku tiba2 tak boleh bergerak sebab perut aku sakit sangat .. rasanya macam rahim aku nak tercabut keluar. En hubby pon dukung aku ke hospital dan tidolah aku kad wad masatu. Adalah beberapa kali aku jadi macamtu n resultnye aku terpaksa check in kat hospital. Sehinggalah waktu melahirkan, syukur kepada Allah kerana masa sakit aku sangat singkat, cuma 4 jam je.. saat melahirkan juga sangat mudah. Tapi Allah uji aku dengan perkara lain. Uri aku sangkut. Bukan sangkut saja, malah melekat pada perut aku. So terpaksalah bidan2 tu korek uri tu kluar dari rahim aku. Kalau tak bawak keluar bahaya. Syukur juga kerana aku diberi bius sebab keadaan uri yang sangat teruk dan memang tak bleh main korek2 biasa je. Syukur semuanya selamat dan bayi aku juga selamat. Hampir satu hari selepas aku bersalin baru bayi aku dapat menyusu...kesian dia.. Suami aku cite kat aku yang uri aku tu hancur teruk. Nak basuh pon susah. Takpelah janji semua ah pon selamat...




ANAK KE-3

Pengalaman mengandungkan anak ke-3 ni snagat mencabar berbanding anak sulung dan anak ke-2 aku.
Semasa aku dapat tahu aku mengadung, aku target kalini mesti lelaki sebabnya maka aku cakap kalau lelaki ni alaha nye teruk sikit. Memang betul alahan aku sangat teruk. 

Kalau dulu aku sakit rahim, tapi kali ni aku sakit bahagian pinggul. Ya Allah,,, hanya Dia saja tahu betapa siksanya aku masa tu. Aku dah sakit pinggul semasa diawal kandungan aku. 

Sakit sikit je

Pada mulanya sakit pinggul tu cuma sikit2 je dan kadang2 je.. aku masih mampu buat kerja macam biasa. Tapi lama kelamaan sakit makin teruk dan buat aku rasa tak selesa. Waktu yang paling sakit ialah masa aku nak bangun ari baring atau tido. Tak kesahlah aku tido kat lantai atau katil sekalipon. Memang payah nak bangun. Aku perlukan sokongan untuk bangun. Memang sakit kalau nak bangun sendiri. Aku pon rujuk pada doktor, katanya memang normal lah pada yang sedang mengandung. Nasib2 je sapa yang kene dan aku antara yang tak bernasib baik la.. so aku pon redha..

Lumpuh?

Hari makin hari keadaan aku makin parah.. kandungan aku baru je cecah 4 bulan.. perut pon tak nampak lagi.. sakit punggul aku dah semakin parah. Aku terpaksa gunakan tongkat untuk berjalan. Kalau dah baring memang susah gila lah aku nak bangkit.Tapi bila dah bangun dan jalan lama2 sikit, dah ok dah tak payah pakai tongkat lagi. Tapi bila aku berhenti pada satu2 posisi agak lama macam aku berdiri lama atau duduk lama, aku susah nak bergerak balik dan perlukan tongkat balik. Pinggul aku rasa seperti lumpuh.. tak boleh bergerak langsung.. Aku terpaksa gerakkan badan dan kaki aku perlahan-lahan sebelum aku bergerak dengan lebih pantas. Azabnya hanya yang pernah merasainya saja yang mengerti.

Mengensot..

Satu malam sewaktu aku nak buang air.. aku cuba bangun seperti biasa. Rumah aku dua tingkat, tandas kat tingkat bawah pulak tu. Aku pon try lah bangun, malas nak ganggu en hubby. Punya la payah nak bangun dari katil, aku gagahi jugak sampai ke pintu bilik. Sampai je kat pintu aku capai tongkat sakti aku.. hahahah... tapi malangnya aku tak mampu guna tongkat tu sebab kau dah tak boleh berdiri.. Nak tak nak aku terpaksa jugak berlawan denagn sakit aku malam tu. Ye lah aku nak buang air, takkan nak hold sampai pagi? ye tak?... Sambung balik cite.. aku jatuh sebabnya aku tak tahan sakit kat pinggul tu. Rasa macam nak tercabut punggung aku ngan pinggang aku. Aku mengensot dari pintu bilik ke tangga rumah.. konon nak turunlah nak g bilik air sendiri.. udahnya mengengsot pon x boleh jugak. Pintu bilik aku ngan jarak tangga nak turun tu xlah jauh sangat.. adalah dua meter je pon.. tu pon amik masa setengah jam nak sampai. Aku dah nangis2 dah masatu.. Tipulah kalau aku tak nangis kan.. sakit gile masatu... macam dah takde pinggang dah rasenye... 

Kaku

Apa jadi pastu?.... Sampai je kat tangga aku pon peganglah tiang tangga nak turun sambil mengensot.. dah macam suster ngesot dah aku rase.. huhuhuh Tapi apa nak buat, dah nasib..terima je lah...
Apa nak buat lagi? Jalan takleh apa pon xleh.. aku pon panggillah laki aku.. tapi biaselah dia tu kalau dah tido hanya gurauan aku je yang boleh buat dia terjaga.. haha jangan pikir lain eh... Panggil punya panggil, sambil nangis2 ni...mak aku yang bangun.. nasib tin ggal ngan mak.. Mak aku kluar dah pelik apehal lak aku tido kat tangga.. terus lah aku dibawa ke hospital oleh encik hubby yang telah dikejutkan oleh mak aku tadi., tapi sebelum tu aku buang air dulu. Mana tak nye lama dah hold hajat. Siksa nya nak buang air. kene dukung sampai masuk toilet.

Azab kat Klinik..

Kebetulan hari aku sakit tu hari aku sepatutnya g check up kandungan aku kat klinik kerajaan. So aku rase baik g klinik dulu n mintak pendapat doktor nanti. So en hubby dukung aku masuk lam keta dan terus ke klinik. Masa kat klinik pon aku duk atas krusi roda je. Nak buang air pon aku masuk lam toilet tuk OKU. So rase sedih sangat.. ahak! agak lama lah jugak aku kat klinik tu hampir setengah hari dengan keadaan aku yang serba tak kene, duduk sakit, baring sakit berdiri lagilah tak boleh. Aku tahu jap2 nangis jap2 nangis tu je... Actually nak mintak simpati supaya doktor2 kat klinik tu bagi xtra perhatian kat aku koz aku ni kira kes emegency kut... kan kan kan..?

Check in Hospital lepas satu hari berjuang...

dah setengah hari aku atas krusi roda berjuang melawan rasa sakit.. aku pon masuk hospital... Ingatkan dah g hospital dah lega sikit.. tapi haremmmm... aku tambah lagi setengah hari kat bahagian emegency tu menunggu turn untuk diperiksa. Terpaksa aku lepak lagi atas krusi roda setengah hari lagi mencukupkan satu hari semuanya... sehingga aku dimasukkan ke wad. Masuk wad pon bukan leh wat apa.. just supaya aku dapat berehat sampai aku rasa pulih sikit. Aku nak xtray xleh nak bius pon xleh sebab aku mengandung. So aku makan panadol na berehat je. lepas dua hari baru lah aku dapat berjalan sikit2. Doktor kata aku kene berehat takleh buat keje sangat kalau boleh takleh buat keja langsung.. so terpaksa lah ikut nasihat doktor kan... tapi bukan aku ikut pon... 

Syok SANGAT lepak Hospital

Di sebabkan aku maneleh duk diam.. ye lah dengan anak2 yang sedang lasak tu takkan dapat de aku duk diam.. so aku kerap sakit balik yang serupa. lagi2 aku Check In kat hospital yang sama. So kat hospital je lah aku dapat betul2 berehat yang boring.

Saat melahirkan

Akhirnya sampai juga saat aku nak melahirkan.. tapi sebelum tu... belum melahirkan lagi.. Pada petang hari tu masa bulan puasa, aku dah rasa sakit nak bersalin yang kerap tapi tak semakin kuat sakitnya. Aku pon ajaklah bapak aku pergi hospital sebab tanda2 dah ada.. disebabkan masa nak dekat buka puasa, bapak aku suruh hold dulu.. "lek lu.. blasah lemang dengan rendang dulu.." kata nya... aku pon blasah lah.. lepas berbuka en hubby yang bawak aku g hospital. Sampai kat hospital doktor suh aku balik sebab pintu rahim belum bukak.. hek eleh.... penat je aku datang.. apa nak tunggu lagi? hari dah malam.. balik tido ah.. perut sakit lak tu...

malam tu takleh tido.. kejap2 sakit perut. Esok tu aku bangun pagi seperti biasa xde lak rase sakit.. dalam kul 9 pagi aku ingat lagi, masa tu bestfwen aku adtang tapau mcd tuk aku... masatu dah sakit balik dah.. tapi aku blasah melantak mcd dulu... sebab dok dah [esan kalau sakit kerap dan kuat baru datang hospital. 

Bila member dah blah, en hubby plak baru bangun tido.. masatu aku baring2 je sebab kalau aku jalan2 aku tak dapat nak kesan sakit aku.. hahahah so bila aku dah menonggeng nonggeng kesakitan tu apa maknanya tu? nak bersalin lah apa lagi kan? rushing balik g hospital.. naik muak aku g hospital tu sebenarnya...

Putus Harapan

Kali ini aku sakit pon kejap je.. beberapa jam je aku masuk labour room tu.. tapi dasyatnye kali ni aku susah sangat nak lahirkan anak aku. Aku tak ada tenaga nak teran. Sampai aku hampir putus asa. tapi bila mengenangkan keselamatan anak aku dan dibantu oleh en hubby.. aku gagahkan jugak.. aku lawan kesakitan dan kelemahan tubuh aku... Air mata aku mengalir tanpa dipaksa.. bercucuran macam air paip. Menggigil seluruh badan aku. Sakitnya gigi aku kuketap. Aku genggam tangan en hubby sekuat kuatnya.. sakit tengkuk aku kulawan, sakit pinggangku aku redah... yang keluar hanya air mata dan darah wiladah aku yang banyaknye. semata- mata ingin melahirkan anak tersayang. Akhirnya si kecil bersuara..  walaupon bayi aku dah buang air besar masa dalam perut, aku lega bercampur binbang akan tindakkan selanjutnya iaitu mengeluarkan uri.

Lekat lagi

Menggigil seluruh badan aku sangat luar biasa... seolah olah aku mati hidup semula...Air mata aku masih belum berhenti megalir. Bila en hubby dukung dan azankan anak aku baru aku mampu tersenyum.  Tapi azab aku masih belum lepas. Aku terpaksa berdepan dengan situasi dimana uri aku terpaksa dikeluarkan. Disebabkan uri aku lekat laki tapi lekatnye tak teruk sangat aku tak perlu dibius, bidan2 semua buat cara manual je. Aku nak cerita pon segan tapi sangatlah sakit sampai terangkat angkat pinggang aku dan menjerit jerit aku masatu. Agak lama sebelum uri tu dapat dikeluarkan. Habis semua bantal ngan cadar aku tarik. Sampaikan aku mintak bidan tu stop kejap sebab tak tahan sakitnya. Bermacam doa aku baca, aku berserah pada Allah taala supaya permudahkan segala urusan. Alhamdulliah akhirnya uri aku dapat dikeluarkan. 

2 hari baru lega

hampir 2 hari aku kat wad bersalin.. baru aku rasa lega.. sakit aku dah macam orang operation..sampaikan kakak2 yang sebelah aku ingat aku beranak operate. Aku nak bergerak susah sebab tubuh aku masih menggigil. Kesian anak aku tak dapat menyusu dengan sempurna sampai terkena jaundis. Tapi syukur jaundisnya tak kekal lama. 


KATA DOKTOR PESAKIT PUAN

Semasa aku menjalani rawatan fisio akibat kekejangan yang berlaku pada otot pinggul aku(sewaktu mengandung),  doktor kata tu semua normal. Nasib la ada orang kena ada orang tak. Lain anak lain ragamnya, Tapi kalau dah pernah terjadi tak mustahil boleh terjadi lagi pada kandungan seterusnya. Kebarangkalian untuk terjadi lagi pon agak besar. Sama juga dengan kes uri lekat tu. So apa yang perlu buat hanya redha dan harus bersedia dari segi mental dan fizikal jika nak mengandung lagi. Dan kena pastikan tubuh badan betul2 kuat untuk mengandung lagi.

NIKMATNYA MELAHIRKAN

Semasa mengandung adalah saat yang paling bahagia, walaupon bermacam dugaan yang ditempuhi, tak boleh diganti dengan moment kita mengadungkan anak, melihat perut membesar, berkomunikasi dengan anak didalam rahim, merasakan makhluk yang berada dalam tubuh kita, dan menunggu saat-saat melahirkan itu. Sangatlah indah dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang mengerti.

Namun saat melahirkan adalah saat yang paling nikmat. Walaupon sakit, kegembiraan selepas melahirkan itu tidak terkira. Apatah lagi melihat anak yang comel dan sihat. Segala keperitan hilang sekelip mata. Segala kepayahan yang dirasa selama 9 bulan mengandung lenyap begitu saja. Begitu besar nikmat yang Allah berikan pada ibu yang melahirkan anak. Ya Allah aku bersyukur padaMu Ya Allah. Sesungguhnya akan aku jaga dan didik amanah yang Kau berikan padaku. Berbekalkan semnagat dan doa padaMu.. semoga anak2ku menjadi anak2 yang solah dan berbakti kepada masyarakat dan agamamu ..

PESAN BUAT ANAK2 

Disini aku sebagai seorang ibu, sentiasa menginginkan anak2 ku menjadi yang terbaik dan tentunya soleh dan solehah. Aku pinta pada semua, sayangilah ibu kita seperti mana ibu kita sayangkan kita sepenuh jiwa dan raga. Jagalah ibu kita sepertimana ibu kita jaga kita dengan penuh kasih sayang dari kecil hingga kita dewasa. Susah payahlah demi ibu kita sepertimana ibu kita bersusah payah mengandungkan, malahirkan, membesarkan dan memberi didikan pada kita semua. Bayangkanlah betapa banyak air mata ini saat mengandung dan melahirkan. Ubatilah sakit ini dengan kasih sayangmu wahai anak2 yang soleh dan solehah.

PESAN BUAT IBU2 MITHALI

Aku jua sebagai ibu, sentiasa mencari jalan cara bagaimana mendidik anak2 agar mereka menjadi seperti yang kita inginkan. Sentiasa prihatin terhadap mereka. Jangan abaikan wlau sedetik. Pastikan mereka membesar menjadi seorang yang soleh dan solehah. Laksanakan tugas yang telah diamanatkan oleh Allah kepada kita sebaik baiknya. Selebihnya kita berdoa kepada Allah semoga anak2 kita sentiasa dilindungi dari hasutan syaitan dan manusia. 


Monday, December 31, 2012

Lukisan...




Korang ada bakat dalam seni x? xkesah lah seni lukis ke seni bina ke seni kretif ke.. tapi yang penting asal nama seni mesti lah ada kretiviti tersendiri. Sama ada hasil seni tu bermutu atau tidak, ia tetap dipanggil seni.. melainkan hasil sebuah kretiviti yang tidak bermoral dipanggil sampah, contohnya seni lukis di pondok2 telepon awam, seni mengopakkan ganggang telepon awam, seni semburan cat di dinding2 bangunan, seni menerajang tiang lampu, seni membuang sampah diluar tong sampah, seni baling batu kat cermin kereta jiran dll.. Seni setiap individu berbeza. Secara tak langsung seni ni dapat mempengaruhi daya pemikiran kita n cara kita berfikir. Daripada seni kita boleh baca bagaimana pemikiran seseorang tu. Eh eh aku main petik je.. haha ni just pendapat aku la.. yang sebetulnya aku tak tau la.. bagi org yang agak2 tak berapa nak seni maybe dia berbakat dalam seni yang lain seperti seni memasak seni membaraikan harta bende, seni mengorat, seni silat, seni karaoke or seni mengadap facebook berjam-jam..tul tak?





Mana tumpahnye kuah dal kalau tak ke roti canai.. haahha jadilah roti canai banjir ye tak?  Kalau dah minat minat lah jua. Kalau x minat pon dari kecil dah leh pupuk minat tu.. contohnya anak2 aku.. dari kecil dah biase nengok aku melukis so diowang pon sebok gak nak melukis. Aku pon belilah pencil kaler ngan drawing block murah2 sudah kan... sampaikan dah habis drawing block tu atas tilam, bantal, dinding, meja, kerusi abis daya atas pinggan mangkuk pon diowang lukis macam2.. haha 
But its nice... dengan lukisan je bleh buat korang rase terharu sangat... budak2 dia tau macam mana nak luahkan perasaan diowang melalui lukisan. Dan yang paling best diowang takkan menipu. N diowang jugak akan tunjukkan perkara yang diowang suka atau minat melalui lukisan. Ha kalau korang nak tau anak korang paling sayan sapa suh la anak kornag lukis atau apa yang ibu and ayah diowang suka buat... hahah jangan sampai kantoi sudahle ye...
Kak Long cuba nak lukis phirana.. tp cute je phirana tu ek..


bleh la tu.. dia leh kaler kemas lagi.. tp  biaselah budak2 dia cepat malas... kadang kalau dah ade kawan lagi lah nak buat keje cepat2 je bia cepat siap.. kalau tak siap nanti ibu marah.. haha..
Anak ayam katanya... entahle... biaselah anak aku ni dapat tengok ayam sekali sekala je. Tu pon masa balik kampung.. huhuhu... boleh la tu.. aku pon ni lah first time tengok anak ayam kaler purple kau!




Aku teringin gak  lah kan nak masukkan anak aku kelas melukis ke art class gitu kan.. tp ye lah.. mana lah aku mampu. Kot yang masuk tu banyak anak org berada kut.. so xheranlah klau anak org kaya ni berbakat semuanya.. Tak heran lah aku.. Rezeki masing masing n ketulusan dalam berkarya tu lebih penting daripada terpaksa or dipaksa. arhh samalah tu..


First time dapat lukis pokok kelapa.. kat umah aku ada je pokok kelapa.. rupa-rupanya selama ni dia tak tau pokok kelapa rupa camne? n dia tak tau pokok kat depan umah aku tu pokok kelapa. haishh budak ni... pasni aku nak bg diowang baca enciclopedia plak... huahuahua










Anak pompuan biasela suke lukis gambar org pompuan, baju2 ala2 princess gitu.. kalau anak lelaki aku tak tau la sbb aku xde anak laki,huhu tp y pastinya mestilah gambar kereta, lori dan sewaktu dengannye lah kan.. kalau anak bujang rajin lukis gambar bunga, fesyen2 baju tu baik pantau ceepat.. dikuatiri anak anda tu dah terkompius jantina. 
Anak pompuan aku yg no dua ni pon leh tahan... Dia rajin melukis.. tp dia rajin ikut apa kakak dia lukis. Ikutkan dia ni ganas n lasak cam jantan sikit. Main pon banyak permainan lelaki, yang dia minat sangat "lori". Pantang nampak lori nak beli. Pastu nak alat permainan bertukang n pistol or senapang. Tapi syukur dia masih nak melukis gambar orang, n minat warna2 lembut macam pink, yellow n purple. 







kucing ni aku ajar dia lukis.. aku lukis sebelah dia lukis sebelah..
ade ke rupa cam kucing? boleh la aku rase koz dia belom pon 4 tahun
masa lukis gambar ni...
Bukan main payah dia nak abiskan kaler lukisan ni..
dia ni cepat hilang fokus or tumpuan.. senan g cite
dia ni cepat penat or cepat malas. 



















Paling best bila ade sambutan hari ibu ke, hari guru ke, hari ayah ke, hari jadi ke... anak2 aku akan  buat kad .. diowang akan siap lukis gambar dalam kad tu n siap wish lagi.. terharu sangat lah korang kalau anak kowang camtukan? Masa hari jadi mak aku ataupon nenek diowang or atuk diowang pon diowang sanggup buat kad.. rajin betol diowang kan. Seolah-olah itu cara diowang nak tunjukkan care diowang n kasih sayang diowang. Ye lah nak beli hadiah bukan ada duit an.. takkan nak mintak kat ibu nak beli hadiah tuk ibu... tak cih la an... lagipon apalah yg diowang tahu pasal hadiah... macam anak aku asal tanye nak hadiah ape je.. diowang mintak gula2.. aku bagije tp aku bg sekali ubat gigi n berus gigi.. huahuahuahua strategik tak idea aku? kan kan kan?






Time nak raya ni..
cikgu skolah suh dia lukis
ni...hebat gak anak aku lukis
 gambar ketupat.. walhal
xpernah tengok rupa ketupat
sebenar.. almaklum skang sume
 pakai ketupat segera je...







Yang ni pon cikgu skolah
eh suruh...sambutan hari ibu ngan
 gurudekat2 je masatu.. so cikgu
nak save kertas ngan kaler
agaknye.. buat sekali lah.
. tu pon bagi kertas A4 jer..
 ahaks! tak semangat anak
aku nak lukis..        


Siap gantung kat wall blakang
tv kat lam bilik.. tiap2 hari
nak tdo sambil tengok tv tu
 usha jap hasil seni  anak2..
 fuh terharu beb...











Ni masa fathers day... ayahnye
 bukan heran sangat pon ngan
hasil kerja anak dia.. biaselah
owang laki...tapi dia tetap puji
anak dia.. bagi semangat lagi...


Ni masa mothers
day lak... siap lukis gambar
 aku ngan baju kembang..
katanye ibu ngandung adik
masatu.. cheh.... tak cute l
angsung aku lam gambar...
betul kan budak2 ni dia akan
gambarkan apa yang dia nampak
n dia tahu...  pastu gambar dia dia
kaler coklat gelap sikit sebb kulit
dia gelap sikit, pastu adi dia kaler
 coklat light2 je.. sebb adik dia
putih sikit..



 Bahagian dalam kad sempena
 fathers day. wah encem ayah
dia dia lukis... memey sejibik
habis.. ngan misai ngan rambut,
 hahahha tp silap lah.. asal tak
lukis ayah gemok.. ni tak adil.





Ni anak aku saja2 je lukis gambar ayah
dia... tp yg peliknya ayah dia ngah main
bunga api.. aku ingatkan ayah tengah pegang
bunga.. hahah nasib baik... kalau bunga a
gaknya ayah nak bg sape lah ek.. jaga2...
hahhaha














Kad Slemat hari jadi ayah...
walaupon simple tapi amat bermakna...




Actually banyak lagi koleksi.. tapi banyak aku dah buang sebab dah rosak..  budak2 ni nak membesar lasak nye bukan main.. sume nak disiatnye...



AKU NYE LAH PLAK..... Nak Jugak!!!!! 

Tapi tak salah rasenye nak share koleksi aku plak.. kikikiki tak lah sehebat anak2 aku dua org ni... cer tengok sikit.. yang penting aku puas dengan hobi aku.. dan aku dapat hasilkan sesuatu yang buat anak2 aku bangga akan ibu mereka. Dari situ buat memberikan mereka ilham dan semangat untuk teruska minat diowang...





Add caption

sebonar eh.. gambar ni reject.. tak jadi.. cer perhati kole  biru tu muncung eh terlebih sudah... cam cacat eh rupo... tapi aku sayang nak buang.. penat do lukis botol kicap tu walopon ntah apo2 rupo eh...

Kononnye nak try lukis permandangan rumah kampung aku.. tp xmenjadi.. pakai kaler pencil je memey aku xreti ah,, hahah


Lukisan ni aku kaler kan pakai set make up aku yang xpakai.. hahah  kaalu hari2 nak pakai make up aku.. abis aku nak pakai apa?


one of my pebret.. hihihi



Pic ni asalnye aku saje je conteng2 koz aku ngah bosan.. conteng nye conteng.. jadi lah menatang ni.. ahak! layan lah walopon aku rase cam klakar je...



Moral of story.. story aku xde moral.. yang penting aku dah hilangkan bosan aku mlm new year ni, sambil menunggu en hubby pulang dari bertugas..  harapan aku.. majulah seni dalam diri masing2.. ekspresikan diri anda dengan apa cara sekali pon asalkan tidak terkeluar dari akidah kita sebagai umat islam... pendek kata... xder pendek kata sebab aku kalau dah start tulis blog panjang lebar jadinya kata2 aku ni..

Kongsi kan minat n hobby anda juga kalau berminat ye.... 

Thursday, December 27, 2012

TimoT SpacE!!!: Lupa Diri?

TimoT SpacE!!!: Lupa Diri?: Harini saya ikut bonda saya ke mesyuarat amanah ikhtiar. Haha.. seronok jugak bila sibuk-sibukkan diri. Lagipun isi masa dengan perkara berf...

TimoT SpacE!!!: I'm sorry I can't be perfect

TimoT SpacE!!!: I'm sorry I can't be perfect: Setiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan tak kira lah kesilapan dengan Tuhan ataupun sesama manusia. Sama ada kita sedar ataupun tid...

SuCKers.....


MUKADIMAH
Bismillahirrohmanirrohimmm....
Harini aku buat kajian pasal saka... entah betul ntah tidak aku pon xpasti.. tp disebalik kemengarutan tu ada tersembunyi kebenaran.. sedangkan Allah pon dah nyatakan akan kewujudan jin dan syaitan serta ahli sihir yang mengamalkan sihir2 yang melibatkan jin dan syaitan ini. tidak mustahil lah jika aku katakan perkara ini adalah benar dan tidak mustahil berlaku.. sudah menjadi janji syaitan kepada Allah untuk terus menyesatkan anak2 adam, oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati2 dalam membuat apa jua keputusan dan semoga kita tidak bersengkongkol dengan syaitan yang dilaknat Allah S.W.T. Sesungguhnya menduakan Allah itu adalah syirik dan syirik itu adalah tergolong dalam golongan dosa2 besar.

Disini aku copy paste maklumat2 mengenai saka yang aku google kat tenet aku yang tak berapa nak laju speed nye.. tp alhamdulillah aku dapat beberapa maklumat.. antara nak percaya atau tidak..terpulang pada diri masing2.

Masih banyak persoalan yang masih aku belom dapat jawapan hasil daripada meng-google kat tenet ni.. tp aku akan terus mengkaji lebih dalam lagi menggunakan kaedah2 yang lain pula.. buat masa ni tatapilah hasil googling aku untuk hari ini... sekian...



SAKA 
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saka Harimau adalah merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, bagi tujuan memelihara harta benda dan diri daripada musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Saka Harimau menjadi pilihan ketua rumah untuk menjaga anak bini dan harta pusaka. Di Negeri Sembilan, pewaris Saka Rimau ini hanyalah seorang wanita bukannya lelaki kerana mengikut Adat Pepatih, perempuanlah yang menjadi tuan tanah manakala di negeri yang mengamalkan Afat Temenggung,lelaki atau perempuan yang akan menjadi pewaris.
Saka Harimau dikatakan mampu menjelma diri sebagai harimau.
Saka Harimau dikatakan akan dipelihara bagi tujuan memelihara diri atau harta benda daripada diganggu musuh. Saka Harimau akan menyerang seseorang mereka yang dianggap musuh dan mampu menjelma apabila disuruh tuannya.


Saka Harimau adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut
tempoh tertentu. Dengan itu Saka Harimau tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, Saka Harimau akan
menumpang saudara terdekat atau sekiranya putus keturunan, ia akan hidup liar dan mengganggu penduduk
berdekatan.Akan kelihatan seperti akan ada harimau yang berkeliaran.


Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela Saka Harimau dikatakan mudah naik darah kerana ilmunya yang panas, dan akan diserang saka itu sendiri sekiranya tidak dijaga dengan baik, terutamanya sekiranya warisnya tidak mengetahui mengenai saka yang menumpang dirinya.

Penjelasan ini mungkin digunakan bagi menjelaskan mereka yang panas baran. Keluarga yang panas baran mungkin dijauhi orang kampung kerana takut mendapat menantu yang suka memukul pasangannya.



APA ITU SAKA?


            Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.
            Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.
            Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).
           Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.
           Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.
 Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.
            Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.
Jadi, saya percaya (berdasarkan bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite” kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.


TANDA-TANDA SAKA

Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.


Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.


ADAKAH ORANG YANG ADA SAKA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAH ATAU ORANG YANG DIZIARAHINYA?

Kesimpulannya- boleh memberi kesan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bergantung kepada jenis saka.


Orang yg tahu dia ada saka dan mampu menggunakan sakanya- dia boleh menyuruh sakanya berbuat sesuatu (biasanya yang tidak baik). Ini adalah kesan secara langsung dan sering berlaku.
Orang yang tahu dia ada saka tetapi tidak tahu cara memanupulasikannya- rumah atau orang yang diziarahinya boleh terkena sesuatu akibat perbuatan saka secara tidak langsung, tetapi ini jarang berlaku.
Org yang tak tahu dia ada saka- biasanya tak memudaratkan orang lain.

            Saka boleh memberi kesan atas keizinan Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali.

            Samalah seperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan orang lain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja.

            Di sini kita kena beriman dengan perkara-perkara ghaib. Antaranya percaya jin itu wujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu memudaratkan manusia, ia berusia panjang, jasad kasarnya lemah dsb dan semua itu dengan keizinan Tuhan.


BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI?
           

Bagi yang tahu dan menjaga saka- tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.

Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan.

Bagi yang tak tahu- apabila dah tahu biasanya tak mahu, maka kena lalui proses pembuangan atau rawatan


            Cara rawatan pastinya melalui kaedah tradisional. Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikan boleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, *****a kaedah ini belum popular di kalangan masyarakat awam.


Kaedah tradisional:

            Antaranya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara saja.

            Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula.


            Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.

            Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa  sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin pembantunya sahaja.

                        Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua  .

            Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata.


            Saka/ jin yang kuat sangat sukat untuk dibuang. Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian yang berat.

Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah. Jenis pelesit juga mudah dibuang. Jenis bajang agak sukar. Jin jenis Ifrit lagi sukar kerana ia kuat. Jenis polong saya kurang pasti. Jenis toyol jarang dijadikan saka kerana ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri. Banyak lagi jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’ oleh masyarakat Melayu.


            Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jiak dibuang sembarangan ditakuti saka itu akan mengamok pula, lagi teruk.


            Saya mencadangkan cara rawatan Islam Darus Syifa oleh DR Haron Din dan anak buahnya. Tetapi kaedah rawatan mereka memerlukan sama usaha orang yaag nak dirawat, bukan usaha perawat sahaja. Org yang dirawat mesti meningkatkan ilmu,iman dan amal mereka sendiri untuk membuang dan seterusnya menghalang daripada si saka kembali. Ini lebih baik.



ILMU SAKA BOLEH SAKITI ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI

Membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.
Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris adakalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan Al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.
Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional. Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.
Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.
Keadaan seperti ini dikenali sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia. Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.
Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan SAKA yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.
Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakkan mewarisi ilmu pemiliknya yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu dia telah mewarisi saka tadi.
Penurunan saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripda keris, lembing ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.
Penting
Objek-objek tersebut pada zahirnya merupakan benda yang dapat dipegang dan dirasa dengan tenaga atau dilihat oleh pancaindera. Objek tersebut hakikatnya adalah merupakan lambang, dimana disebalik lembing atau batu geliga atau lain-lain objek tadi terdapat jin atau jin-jin berserta dengannya. Penurunan kaedah kedua ini biasanya berlaku setelah pewaris meninggal dunia dimana barang-barang tadi menjadi barang peninggalannya si mati (pewaris).
Objek-objek ini terutamanya keris pada kebiasaannya dilangiri dengan air limau nipis pada malam-malam tertentu seperti malam Jumaat, sebulan sekali atau di malam Jumaat awal Muharram setiap tahun ketika bulan penuh dan dipersapkan dengan kemenyan.
Limau nipis merupakan satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai upacara amalan kebatinan termasuk perubatan melayu tradisional untuk memutus ubat, mandi perajan, mandi membuang sial badan dan sebagainya. Kaedah atau upacara melangiri senjata mungkin diketahui melalui pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.
Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira samaada pada asalnya pewaris itu redha atau tidak lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syrat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan ‘tuan’ barunya yang boleh ‘diperintahkan’ melakukan sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan permintaan pelanggan yang datang menemuinya.
Dari sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu seri muka, ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.
Termasuk dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh digunakan untuk menyakiti seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan sebagainya. Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali sebagai makhluk-makhluk halus. Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.
Ilmu Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis
Jenis Pertama
Adalah seperti yang dijelaskan diatas yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya. Selain mencari barang hilang saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w.
Selain boleh ‘digunakan’ untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan saka tadi malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri yang dianggap sebagai tuan tadi akan menyerang tuannya terutama ketika telah uzur,sakit atau ketika tua.
Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila tuannya meninggal dunia dan tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhl;uk ini.
Anggapan ini ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru ia tetap menjadi masaalah kepada manusia terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh agar mereka dapat masuk keneraka bersamanya.
Jenis Kedua
Saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh wrisnya.
Pada kebiasaannya sakit yang berpunca daripada saka tidak kira samada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Senagai contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya. 
Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya apabila sesuatu masaalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.
Hakikatnya masaalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan seperti luka,patah, keracunan, stress, depress dan sebagainya akibat gangguan ataupun sihir.
 Segala punca gangguan ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden tetapi kesemua faktor yang dijelaskan berlaku kepada mangsa.




TANDA- TANDA SESEORANG MEMILIKI SAKA

MAKNA SAKA- Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek- moyangnya dahulu. Boleh jadi Jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. semasa mereka hidup, mereka telah berkawan  dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.

KETIKA TIDUR
1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.
2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 malam atau 3 dan  malam
selepas itu sukar untuk tidur.
3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala,
dan sebagainya.
4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
5. Mimpi di Kawasan Kotor atau Perkuburan.
6. Mimpi Jatuh tempat tinggi.
7. Mimpi Berjumpa atau melihat Makhluk halus.
8. Mimpi Budak Kecil (Menyusukan bayi bagi wanita).
9. Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau,paku dan sebagainya.
KETIKA JAGA
1. Selalu pening kepala (Perubatan Moden tidak dapat kesan).
2. Hilang Ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.
3. Sering Lesu dan Malas.
4. Sentiasa Sakit di Tulang Belakang.
5. Lenguh-lenguh sendi.
6. Terasa sesuatu berjalan didalam Badan.
7. Mudah Marah dan Panas Baran.
8. Cepat mengantuk (terutama mendengar Ayat-ayat quran)
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan
10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.

ANAK CUCU YANG MENJADI SASARAN
1. Yang cetek ilmu agamanya.
2. Yang suka melakukan maksiat dan melanggar peraturan Allah.
3. Yang Meninggalkan Ibadat Wajib.
4. Yang lemah fizikalnya dan antibodi.
5. Yang berminat utk memiliki apa yang ada pada nenek moya.
6. Yang mengidamkan kehebatan walaupun dengan cara malanggar perintah Allah.
SILA KE PUSAT RAWATAN ISLAM RUQYAH ISRA UTK RAWATAN



ADAKAH SAKA ITU BAIK?

Sebenarnya tidak saka yang baik. Jin-jin saka biasanya mengaku sska yang baik bagi tujuan rawatan, perbidanan, urut-mengurut, membantu dalam kerja perladangan dan menjaga kebun. Ini semua adalah penipuan jin-jin jahat yang berpura-pura membantu manusia tetapi pada akhirnya menuntut balasan kepada pemilik asalnya dengan menyebabkan sakit, nyanyuk ataupun dikuasai oleh jin ketika umur tuanya.

Jin-jin saka yang baik, mereka mengaku kononya bergama Islam dan atas dasar itu, mereka berlaku baik kononnya demi menolong manusia ataupun mengajar manusia. Hakikat yang sebenarnya, jin-jin saka adalah jin-jin kafir tetapi mengaku Islam dan menipu orang Islam. Penipuan mereka demi menyesatkan serta menimbulkan elemen syirik dalam amalan seperti memohon bantuan daripada jin-jin.

Petunjuk Al-Quran sememangnya melarang manusia meminta pertolongan daripada jin-jin bagi melaksanakan tugas-tugas harian ataupun perawatan. Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya:”`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” – Surah al-Jin : 6

Jin-jin kafir yang mengaku Islam ini selalunya berselindung di sebalik gelaran ‘khadam’, ‘khadam ayat’, ‘rijalul ghaib’, ‘wali-wali Allah’, ‘syeikh-syeikh’ dan ‘malaikat penjaga’. Semua itu mampu merosakkan akidah seseorang kerana penipuan halus ini dapat memperdaya manusia termasuk orang alim dalam agama. 

Bukankah Allah s.w.t. memerintahkan supaya orang-orang beriman meminta dan berdoa terus kepadaNya tanpa apa-apa perantara? Sekiranya individu itu bersetuju dengan konsep perantara bagi merapatkan hubungan dengan Allah s.w.t., apakah pula bezanya orang itu dengan penyembah berhala yang meyakini berhala itu bukan tuhan dan hanya sebagai medium mendekatkan diri dengan Tuhan?
Jin-jin yang menyamar sebagai penganut agama Islam dan jin-jin saka yang kononnya baik ini memastikan hidup pemilik-pemiliknya susah ketika tua. Tujuan terakhir mereka sama seperti tujuan asal permusuhan iblis dan manusia, iaitu menghalang manusia daripada beriman kepada Allah s.w.t. dan kerasulan Nabi 
Muhammad s.a.w. Pada ketika itu, apabila pemiliknya berada dalam keadaan nazak, jin-jin ini akan menyusahkan dan menghalang habis-habisan pemilik-pemilik asal mereka mengucap dua kalimah syahadah.

Sebenarnya, jin-jin Islam tidak bercampur dengan orang Islam. Sekiranya ada perhubungan sekalipun, ia adalah bersifat  minimum dan bukan disengajakan. Jin-jin Islam haram memasuki rumah orang Islam apatah lagi masuk ke tubuh badan mereka. Sekiranya ada jin yang mengaku Islam masuk ke dalam tubuh, rumah, membuat kekacauan ataupun mendatangkan penyakit ke atas manusia, sebenarnya mereka adalah golongan jin kafir yang mengaku beragama Islam.
Kesimpulannya, tidak ada saka yang baik kerana mereka semua hakikatnya jin kafir yang menunggu masa menyesatkan manusia sepenuhnya, iaitu ketika tibanya ajal atau dalam keadaan sakaratulmaut.

SAKA PENYEBAB DERITA

Puan Y adalah seorang profesional yang menjalankan perniagaan sendiri dan berumur sekitar 30-an. Beliau telah mengalami gangguan saka sejak zaman sekolah menengah lagi. Sewaktu di alam persekolahan beliau merupakan seorang bermotivasi tinggi dan cmerlang dari segi akademik. Segala masalah yang ditanggungnya bermula apabila nenek beliau meninggal dunia.

Tanpa beliau sedari, gangguan saka keluarga sudah bermula. Prestasi pelajaran beliau merosot dan beliau mula berasa sukar bagi memberikan tumpuan apatah lagi mengingati pelajaran. Beliau kerap sakit-sakit badan dan sakit kepala. Walau bagaimanapun, beliau berjaya menamatkan pelajaran di universiti selepas beberapa kali gagal dan terpaksa mengulang semester pengajiannya.

Sewaktu bekerja makan gaji, beliau kerap kali bermasalah dengan ketua di tempat kerja. Beliau pernah dibuang kerja tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Selepas berkahwin dan mempunyai anak, beliau pernah keguguran beberapa kali. Ketika anak-anaknya masih bayi mereka kerap meragam dan mengalami gangguan tidur.

Sehinggalah beliau datang mendapatkan rawatan. Beliau diruqyahkan dengan ayat-ayat Quran serta diberikan amalan-amalan daripada ayat-ayat Quran serta zikir. Dengan kesabarannya datang mengulang rawatan serta konsisten dengan amal dengan penuh yakin kepada Allah s.w.t., akhirnya masalah gangguan yang menghantui diri selesai. Namun dalam tempoh rawatan berlangsung banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi kerana setiap kali beramal gangguan jin akan menyerang. Akhirnya apabila amalannya konsisten serta rohaninya semakin kuat, gangguan semakin kurang dan lenyap. Beliau pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.




APA ITU SAKA DAN KENAPA ORANG MEMBELANYA?


Kalau korang dulu-dulu sekolah berasrama dan stay kat asrama, mesti korang suka berborak kan? Kalau tak berborak dan bergossip sambil memuji pakwe masing-masing, mesti korang suka bukak cerita hantu dan saka kan? And then last-last, semua takut sampai tak boleh tidur sampai ke pagi. Yeah, I know.

Dan aku agak lah kan some of your guys mesti ada yang mewarisi saka kan? Well, dari apa yang aku tahu, 70% orang yang mewarisi saka tak tahu pun yang dia tu ada saka. But seriously, korang tahu tak saka tu apa kebenda sebenarnya?

Yeah bro, what the fuuuu is saka?
Saka adalah jin / hantu yang akan sentiasa ikut tuan dia. Tuan dia suruh dia buat A, dia akan buat A. Tuan dia suruh buat B, dia akan buat B. Dengan satu syarat, tuan dia kena buat upacara khas untuk beri makanan kat dia. But, korang mesti tertanya-tanya, macam mana jin or hantu tu ada tuan kan? Well actually, jin dan hantu tu dah buat perjanjian dengan manusia. Bila perjanjian di buat, secara automatiknya manusia tu akan jadi tuan dia. Dan biasanya, perjanjian tu adalah sehingga kiamat. Sebab tu lah saka ni boleh diwarisi.

Ada orang kata saka adalah roh orang mati. Roh sultan, Roh raja dan roh orang-orang tertentu seperti roh seorang pahlawan. Tapi sebenarnya tak. Saka is not roh orang mati. Hantu juga bukan roh nenek moyang kita. Bukan roh nabi. So, kalau dia kata yang dia jumpa Nabi, or Sultan selepas dia buat upacara etc, then itu maksudnya dia baru sahaja bullshitting you. Saka is saka. Saka is ghost. Saka is hantu. Saka is jin and of course, syaitan.

Jenis-jenis saka.
Jin saka ni ada banyak jenis. Ada yang jenis pro, ada yang jenis amateur. Maksudnya, ada jin yang gila kuat dan ada jin yang lemah. Tapi tak kira lah saka kuat or lemah, korang tetap kena jaga dia. Tiap-tiap malam tertentu, korang kena buat ritual untuk saka korang. Dan ini adalah termasuk dengan bermain dengan dia. Tak kisah lah main apa-apa pun. Main lompat-lompat ke, apa ke, asalkan saka tu happy. Kalau tak happy, dia kaan sakitkan hati orang di sekeliling korang. For example, korang adalah perempuan. Korang ada saka. Setiap malam jumaat, korang kena pergi ke tandas untuk berborak dan bermain lap ta li lap dengan saka korang. Kalau tak, saka tu akan kacau seluruh ahli rumah or ahli keluarga korang.


And dari beberapa sumber yang aku tahu, semakin kuat saka tu, semakin besar ritual yang korang kena buat. For example, if saka yang korang ada tu hanyalah saka biasa-biasa je, then korang just perlu asapkan barang perantaraan dia seperti keris, cincin, pedang dan etc. But if level saka tu makin tinggi, korang mungkin perlu korbankan ayam, kambing hitam dan sebagainya. And dari apa yang aku dengar lagi, sampai satu tahap, korang kena korbankan nyawa untuk bagi kat saka korang. Why? Sebab to earn something, you must give something. Something like your-normal-life.

Camne nak tahu eh kot-kot aku ada saka ataupun tak?
Senang je kalau korang nak tahu yang korang ada saka ataupun tak. Korang tengok je diri korang. First tengok diri korang masa tengah tidur.

Korang susah tidur malam tak?
Orang yang ada saka biasanya akan dapat mimpi pasal kucing, tikus, serigala, ular, anjing and unta. Or selalu mimpi apa-apa yang menakutkan.
Mimpi terjatuh dari tempat tinngi or berada di tempat kotor plus kawasan perkuburan.
Mimpi nampak budak kecil, salib dan gereja.
Bunyi gigi berlaga masa dok tengah tidur. (Actually, dalam sains, ini pertanda orang tu banyak cacing dalam badan)
Bila terjaga dari tidur, akan rasa takut je.
Selalu mimpi / mengigau sampai menangis, ketawa dan merintih dengan kuat masa tengah tidur.
Lebam-lebam (Kesan gigitan saka)
Bermimpi buat seks dengan hantu / jin / makhluk menyerupai binatang etc.

Dan jangan risau, if korang pernah mengalami benda-benda kat atas, tak bermaksud korang surely ada saka. Kadang-kadang, mimpi hanyalah mimpi. And for those yang ada saka, tak bermaksud korang akan bermimpi pasal semua yang tersenarai. Sebab ianya tak boleh di duga. However, masa bukan tengah tidur pun, ada beberapa benda yang korang kena aware masa korang tengah terjaga. Sebab, biasanya orang-orang yang ada saka ni akan ada berapa situasi tertentu. Contohnya:

~Kepala asyik rasa pening. And make it as Migraine.
~Susah nak buat ibadat.
~Mudah penat.
~Selalu rasa sakit di salah satu anggota badan terutama tulang belakang badan.
~Bila dalam masalah je, terus rasa panik dan cuak.
~Ada penyakit tertentu.
~Mudah give up.
~Amat mudah untuk marah-marah.
~Sensitive and emo.
~Selalu rasa macam ada benda kat bawah tapak kaki.


Apa hukum bela saka ek?
Buat member dengan jin under the name of 'khadam' adalah haram dalam Islam yaw. Ni dah dinyatakan dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t. Ertinya

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan." - Surah al-Jin: 6

So yeah, ianya haram. But how if jin tu yang memilih tuan dia? Itu lain cerita. But, if jin tu pilih korang instead dari adik beradik korang, and then korang terima dia dengan senang hati sambil menggunakan khidmat dia and buat ritual untuk dia, maka korang baru je berjaya membuat suatu perkara yang syirik. Dengan kata lain, if you guys tahu yang korang ada saka, better cepat buang sebelum dia buat rampage sebab korang tak nak layan dan beri makanan kat dia.

Dah tahu saka ni haram, dah tu kenapa still ada orang yang bela?


Yaaa. Korang pun tahu yang saka ni menyusahkan. Nak kena buat ritual lah, nak kena lepak-lepak dengan dia lah. Nak kena jaga hati dia lah. Dah tu, kalau tak buat saka tu happy, saka tu mungkin akan rosakkan hidup korang. Nak bela skandal lagi mudah dari jaga saka. So again, kena ada orang still bela saka?

Protection.
Untuk zaman dulu-dulu, ramai nak pakai saka sebab saka ni dikatakan pentang untuk pertahanan diri. Iye lah, zaman perang Jepun and penjajahan dulu. Masa tu, antara cara paling mudah untuk survive dalam hidup adalah dengan membela saka. So untuk zaman sekarang pun, ada yang pakai saka untuk dapatkan kekebalan.

Superpower
Andaikata korang tak puas hati kat seorang mamat ni. Mamat ni sapa? Yaa ex korang. Di sebabkan dia ex korang, dia tahu nak rosakkan hidup korang je. Setiap hari dia stalk Facebook korang then buat cerita buruk tentang korang kat Twitter dia. And then, korang rasa panas gila. Apa yang korang boleh buat? Yeah, korang boleh suruh je saka or pelesit korang kerjakan mamat tu. Tak der hal. And sure mamat tu akan merana gila.

Kecantikan
And then, kalau korang rasa susah nak tackle mamat bangla yang handsome kat kilang korang, korang boleh pertingkatkan kecantikan muka korang dengan menggunaka saka korang tu. Kalau korang malas nak cantikkan diri, korang boleh je gunakan kuasa pengasih.

Perubatan
Some certain saka boleh di guna untuk hilangkan penyakit. Contohnya, bomoh. Ada certain bomoh yang guna saka untuk ubatkan pelanggan dia. Bomoh ni akan baca beberapa mantera and puffff, penyakit tu hilang. But still, ianya haram dalam agama Islam. So, macam mana nak tau pasal bomoh yang guna saka dan bomoh yang guna cara Islam? Senang je. Korang tengok macam mana dia rawat pesakit dia. Kalau bomoh tu keluar dari bilik yang gelap / tandas untuk berjumpa dengan korang, then probabaly yang bomoh tu bukan 'orang' adalah tinggi. Andai kata bomoh tu pakai lilin, then ianya adalah ilmu hitam. And macam-macam lagi lah. Dengan kata lain, jumpa lah ustaz.

Okay Mr-Who-Knows-Everything. Now tell me bagaimana Saka tu boleh main waris-waris?
Ada banyak sebenarnya saka di wariskan. Ada yang secara direct dan indirect. For direct, tuan saka tu mungkin akan berkata "Jin, nanti bila aku dah mati, kau pi lah kat anak aku. Kau pi kat anak aku yang nombor 4 tu." So, bila si owner jin tu mati, jin tu cepat-cepat pergi kat anak lelaki yang nombor 4 tu. And nak tak nak, terpaksa lah si anak no 4 tu tanggung siksa jaga saka. Lagi siksa kalau dia tak tahu apa-apa pun pasal saka. Kan?



As for the indirect waris, ianya lagi simple. Contohnya, pembawa saka tu dah mati. Tapi si mati tu belum sempat 'wasiat'kan saka dia. Bila dia tak sempat nak wasiatkan saka dia, saka tu akan jadi macam bini yang digantung tak bertali. Tak tahu mana hala tuju. Melayang-layang di atas muka bumi. Tak ada belaian kasih sayang. So, bila tak tau nak pi mana, dia cari lah waris kepada owner saka tu. Sebab tu lah banyak kes yang ada orang yang ada saka tapi dia tak tau pun yang dia ada saka.

So, kau kata saka ni haram. Then macam mana nak buang saka ni?
Saka ni, nak buang dia gila lah susah. Mana taknya, dah mak / ayah / nenek / moyang korang dah buat perjanjian dengan jin-jin ni. Ingat senang ke nak langgar perjanjian? Apa korang ingat jin ni macam orang Melayu nak main suka-suka je langgar perjanjian? No way. Kalau ada jin yang mudah-mudah langgar perjanjian, sure dia akan di panggil Jin Melayu. Tapi hingga sekarang still tak ada nama Jin Melayu kan? Haaa. seee? Jin ni, memang pegang pada janji. Memang amat susah nak lari dari dia. So, kalau korang nak buang saka, pergi la jumpa Darussyifa'. Aku dengar citer, ni antara tempat rawatan Islam yang terbaik setakat ni. Sebab kawan aku ada pernah pergi. And katanya ustaz-ustaz kat Darussyifa ni muda-muda semuanya. Bukan je muda malah hensem and suciii jee muka dieorang. Baru balik dari mesir agaknya.

Now you got good reason to take out your saka at Darussyifa.




SAKA DAN KETURUNAN

Soalan:

Bapa saudara saya meninggal lebih kurang dua bulan lepas. Ketika hidupnya, beliau menghadapi masalah yang boleh dikatakan hebat dan menyebabkan kehidupan hariannya tidak begitu tenteram. Menurut seorang ustaz, juga seorang tua yang melibatkan diri dengan perubatan tradisional, bapa saudara saya ini ada saka yang hendak bertuankan dirinya, tetapi kerana amalannya kuat, saka itu tidak berupaya mengganggunya.

Daripada mereka berdua juga, saya mendapat tahu saka ini hendak bertuankan kepada saya. Saya terasa apa yang mereka katakan ada kebenarannya kerana sejak bapa saudara meninggal, kehidupan saya menjadi tidak menentu, cepat marah biarpun kerana sebab yang kecil. Sukar tidur malam, bermimpi didatangi oleh makhluk berjubah hijau pada malam-malam Jumaat beberapa ketika. Ada kalanya saya tidak sedarkan diri apa yang saya lakukan, berjalan seorang diri seolah-olah ada satu kekuatan menarik-narik untuk menapak di belakang rumah waktu maghrib dan banyak lagi perkara yang saya sendiri tidak dapat menghuraikannya.
Apa yang sebenarnya berlaku pada diri saya? Adakah saya di ganggu oleh saka?

JAWAPAN:

Tidak mudah untuk membicarakan masalah yang saudara hadapi, kerana ia adalah di luar pengetahuan manusia secara jelas dan dapat dibuktikan dengan pasti. Persoalan pertama ialah punca masalah yang saudara hadapi yang dikatakan berpunca daripada ``saka''. Tidak mudah untuk menjelaskan masalah yang dihadapi oleh saudara itu berpunca daripada saka, yang melibatkan makhluk ghaib; jin-jin, hantu-hantu dan seumpamanya. Hanya mereka yang mempunyai ilmu yang berkaitan dengan alam ghaib, alam jin-jin sahaja yang boleh menjelaskannya. Itu pun belum pastinya betul.

Berdasarkan alasan ini, orang yang memberi jawapan punca masalah yang sedang saudara hadapi sekarang ini dipercayai mempunyai ilmu yang berkaitan dengan alam ghaib, tidak kira sama ada dia seorang ustaz ataupun orang yang terlibat dengan perubatan tradisional. Tanpa ilmu yang berkaitan dengannya, seseorang itu tidak berupaya memberi penjelasan punca masalah seperti yang saudara hadapi.

Punca penyakit utama boleh dibahagikan kepada tiga, pertama penyakit berpunca daripada kecederaan fizikal seperti luka, serangan kuman, virus, stres, keracunan dan sebagainya yang boleh menyebabkan pelbagai masalah timbul termasuk kesukaran tidur malam, mimpi yang menakutkan dan sebagainya. Punca kedua adalah gangguan daripada jin-jin yang dikaitkan dengan iblis dan syaitan. Punca kedua ini dinafikan oleh sesetengah orang.

Dalam peristiwa yang berlaku di antara Adam dan iblis, iaitu ketika Allah memerintahkan semua malaikat sujud kepada Adam, semua malaikat sujud, kecuali iblis. Kerananya, Allah menjadi murka lalu melaknat iblis, dihukumkan kafir, akan dimasukkan dalam neraka lalu dihalau dari syurga.

Iblis merasakan bahawa kerana Adamlah maka ia dihukumkan kafir dan dimurkai Allah. Kerana itu dia bersumpah akan menyesatkan manusia, kecuali mereka yang ikhlas di kalangan manusia. Selain menyesatkan, iblis sentiasa menyakiti dan menipu keturunan Adam. Banyak contoh dan bukti betapa iblis cuba mengganggu Adam dan Hawa, mengganggu Nabi Ayub termasuk menipu Qabil dan Habil yang akhirnya mereka berbunuhan. Allah memerintahkan setiap orang agar berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Sekiranya gangguan atau ancaman itu tidak wujud, maka apa perlunya seseorang itu berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

Gangguan iblis dan syaitan merangkumi iktikad atau kepercayaan yang boleh menyebabkan seseorang itu sesat; kufur, syirik atau murtad. Selain daripada itu iblis dan syaitan juga mengganggu otak manusia, menyebabkan seseorang mangsa itu berhadapan dengan masalah yang berkaitan dengan otak, pada hati, menyebabkan timbulnya rasa waswas, tidak percaya pada Tuhan, pada agama yang dianuti dan sebagainya. Iblis juga mengganggu jasad manusia menyebabkan seseorang itu berasa sakit pada bahagian jasad yang berkenaan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut perjalanan darah.

Punca ketiga ialah gangguan fizikal yang dituruti dengan gangguan iblis dan syaitan. Orang yang lemah tubuhnya akibat kecederaan fizikal, disertai dengan roh yang lemah lebih mudah diganggu oleh iblis dan syaitan berbanding dengan mereka yang tidak menghadapi masalah fizikal. Orang yang berhadapan dengan masalah stres berpanjangan, lebih mudah diserang histeria berbanding dengan mereka yang hidup tenang, suasana yang menggalakkan dan berupaya meraih ketenangan hidup.

Gangguan iblis dan syaitan ke atas manusia adalah sesuatu yang benar. Ia boleh berlaku yang melibatkan bahagian otak, hati, jasad. Seperti manusia, apabila kehidupan makhluk ghaib itu diganggu oleh manusia, biarpun perbuatan tersebut dilakukan di luar pengetahuan, makhluk ini akan bertindak balas. Gangguan boleh berlaku sama ada ketika berada di hutan, di tempat sunyi jauh daripada manusia, di kubur-kubur dan sebagainya. Tanpa kesalahan atau kesilapan manusia makhluk ini juga sering mengganggu manusia kerana di kalangan makhluk ini memang terkenal dengan kejahatannya. Inilah yang dinamakan ``gangguan''.

Apabila kegiatan manusia itu disokong atau disertai oleh jin-jin, yang terdiri daripada syaitan atau sebagainya, sama ada makhluk tersebut dibela atau dibuat sahabat, maka ketika itu, orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan yang dinamakan ``sihir''. Orang yang melakukannya dinamakan ``tukang sihir''. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin-jin seperti yang dijelaskan.

Meresap

Dengan ilmu kebatinan yang dipelajari dengan sengaja atau tidak disengajakan, orang yang seperti ini berupaya menyeru jin atau jin-jin tersebut meresap masuk dalam tubuhnya. Ketika itu jasad manusia berkenaan akan menjadi seumpama sarung semata-mata. Kegiatan berikutnya yang dilakukan oleh makhluk iaitu jin yang meresap dalam tubuh tadi.

Ketika inilah orang yang berkenaan boleh melakukan kegiatan tertentu bergantung kepada keadaan. Ia boleh melakukan rawatan, yang dikenali sebagai ``rawatan tradisional'', di mana kegiatan tersebut ada kalanya melibatkan amalan menurun, menilik, mengurut dan sebagainya. Penglibatan makhluk ini dalam tubuh, membolehkan seseorang itu melakukan pergerakan silat, biarpun dia tidak pernah mempelajari pergerakan fizikal ilmu persilatan sebelum itu, menjadi kebal dan sebagainya.

Selain daripada itu, makhluk ini juga boleh digunakan untuk menyakiti, atau menyihir orang lain. Menyebabkan lahirnya ilmu penunduk, ilmu penggerun, ilmu pemanis muka dan sebagainya. Perlu diperjelaskan bahawa kegiatan yang dijelaskan di atas ini tidak akan berlaku tanpa adanya penglibatan jin atau jin-jin yang meresap dalam tubuh manusia.

Apabila orang yang memiliki ilmu seperti ini meninggal dunia, makhluk yang terlibat dengan kegiatan individu berkenaan perlu berdampingan atau ``dibela'' oleh orang lain, semata-mata untuk menyesatkan manusia yang biasanya terdiri daripada saudara-mara. Dari sinilah lahirnya istilah ``saka'', iaitu makhluk jin yang berdampingan dengan waris terkeatas itu diturunkan atau dipusakai oleh waris terkebawah, di mana penurunan ini selalunya berlaku di kalangan waris yang rapat.

Penurunan saka ini boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama ia berlaku secara terus, di mana orang yang mempunyai saka itu dengan terang-terangan memberitahu yang dia menurunkan ilmunya kepada orang tertentu. Waris yang terlibat kebanyakannya tidak menyedari bahawa apa yang diturunkan atau yang dipusakai itu adalah terdiri daripada jin-jin atau hantu-hantu. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah istimewa berbanding dengan waris-waris lain kerana mewarisi ilmu kebatinan. Keduanya, penurunan ini berlaku menurut kehendak jin itu sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya pewaris itu telah meninggal dunia.

Saya tidak pasti bahawa apa yang diperkatakan oleh dua individu yang saudara temui itu benar di mana saudara berhadapan dengan masalah saka. Biar dalam keadaan apa sekalipun, masalah yang berkaitan dengan saka seperti yang saya jelaskan adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku.

Saya perjelaskan lagi bahawa saka dalam kehidupan manusia, dalam konteks ini iaitu manusia Melayu adalah sesuatu yang bukan mustahil berlaku. Ia melibatkan jin-jin, membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu yang luar biasa seperti yang diterangkan. Dan apabila seseorang itu menerima saka, ia akan mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh orang yang mempunyai saka yang asal.

Selain daripada jenis saka yang saya jelaskan di atas, satu jenis lain ialah saka yang merupakan penyakit atau gangguan daripada jin-jin tidak melibatkan rawatan. Orang yang terlibat apabila diganggu saka, ada kalanya fungsi otaknya menjadi tidak normal, berjalan di tengah malam tanpa dapat mengawal diri, duduk termenung sendirian, marah tidak menentu, mengamuk dan sebagainya termasuk menghantuk-hantukkan kepala ke dinding.

Apabila orang yang berkenaan meninggal, saka tersebut diwarisi oleh seorang atau beberapa orang waris tertentu. Kesan daripadanya mangsa akan menghadapi masalah yang hampir sama dengan masalah yang ditanggung oleh pewaris asal. Ini adalah di antara simptom utama memperlihatkan bahawa masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berpunca daripada saka.

Manusia mudah terdedah kepada masalah termasuk penyakit kerana manusia itu tidak mempunyai ketahanan diri yang ampuh yang dikenali sebagai ``body resistance''. Orang yang seumpama ini mudah dijangkiti kuman batuk, selesema, sakit kulit dan sebagainya berbanding dengan orang yang mempunyai ketahanan diri yang kuat. Begitu juga dengan kekuatan roh, yang berupaya menolak pelbagai masalah kebatinan atau kerohanian termasuk apa yang dikenali sebagai ``saka'' dalam perbincangan ini.

Kerana itu untuk memperlengkapkan diri daripada diganggu oleh saka iaitu jin-jin tadi, saudara perlu mempunyai roh yang kuat. Roh yang kuat perlu pemahaman agama, di mana ia akhirnya diterjemahkan melalui amalan atau ibadah. Hanya dengan ilmu sahaja seseorang itu menaruh keyakinan terhadap Allah dan ada rasa ikhlas ketika melakukan amalan-amalan tersebut. Itulah yang dikenali sebagai amalan bertakarub, iaitu memperhambakan diri kepada Allah lalu akhirnya seseorang itu mendapat kurnia kasih Allah. Apabila ini berlaku, orang yang berkenaan akan memperoleh kekuatan zahir dan batin. Ketika ini apabila dia bermohon, Allah akan memperkenankannya, dan ketika memohon perlindungan, Allah akan melindunginya. Demikianlah janji-janji Allah terhadap hamba kekasih-Nya.Amalan ini melibatkan ibadah pada waktu malam, dimulai dengan sembahyang taubat, kemudian beristighfar, sembahyang tahajud, sembahyang tasbih, berzikir, selawat dan diakhiri dengan sembahyang hajat.



SAKA HARIMAU
Apakah saka? Saka adalah makhluk halus yang dipelihara oleh orang dulu2 (biasanya) untuk menjaga rumah, tanah kebun dan keluarga. Menurut Dr Imran Kasimin, saka juga boleh jadi ilmu yang dipusakai oleh turun-temurun yang melibatkan jin dan makhluk halus.

Antara saka yang dikatakan paling kuat ialah saka harimau. Saka harimau dikatakan boleh menjelma dan menukar rupanya dan menyerang sesiapa saja mengikut arahan tuannya.

Saka ni akan terus berdamping dengan pemiliknya, dan akan kekal selagi tidak dilepaskan secara rasmi. Saka biasanya mengadakan perjanjian darah dengan pemiliknya, bermakna perjanjian hingga ke seluruh 
keturunan.

Saka diturunkan, biasanya melalui dua cara. Pertama, dengan peralihan hak saka dari generasi di atas kepada generasi di bawah. Misalnya dari seorang ayah kepada anaknya, dan anaknya hendaklah sanggup untuk menerima saka tersebut. Biasanya sebelum meninggal pemilik saka akan mewariskan saka kepada keturunannya. Cara kedua ialah secara tidak langsung, samada apabila pewaris ini menerima barang-barang tinggalan ayah/datuk/moyangnya, atau saka tersebut mencari keturunan di bawah untuk menjadi tuannya mengikut perjanjian darah tadi.

Pemilik saka dikatakan mesti menjaga sakanya dengan baik, atau saka itu akan ‘makan tuan’. Pemilik saka ni biasanya panas baran dan tidak dapat berfikir panjang kerana ‘panas’ saka yang ada dalam dirinya.
Disebabkan saka ni boleh turun secara tak langsung, ramai yang tak sedar yang mereka mempunyai saka. 

Antara ciri2 pemilik saka ialah:
- sering berasa tidak tenang, gelisah, takut.
- terganggu dalam solat dan ibadah.
- fikiran sering menerawang tanpa kawalan.
- tidur yang terganggu/susah nak tidur.
- sering bermimpikan ahli keluarga yang telah meninggal dunia

Walau bagaimana pun, tak semua ciri2 di atas adalah disebabkan saka. Kalau rasa ada mengalami benda2 di atas, tak boleh terus anggap ia adalah saka. Mesti cari penyelesaian lain dulu.

Perbuatan berdamping dengan saka adalah amalan syirik dan bertentangan dengan agama. Jadi sekiranya didapati ada saka yang ‘menumpang’, eloklah dibuang cepat2. Saka boleh dibuang oleh pengamal2 perubatan alternatif yang berkaitan. Walau bagaimanapun, tak semua pengamal alternatif (perawat2 berkaitan jin, sihir, etc.) dapat membuang saka.

Walau bagaimanapun, janganlah kita bengang/marah/kutuk orang2 tua kita yang memelihara saka (walaupun jelas nyata perbuatan bertentangan dengan agama. Boleh jadi keadaan masa itu amat mendesak, maklumlah zaman itu mana ada pasukan polis semua, jadi salah satu usaha untuk menjaga anak isteri ialah dengan memelihara saka. Masa tu pun mungkin pengetahuan tentang agama amat kurang. Tapi bila saka tu dah sampai kepada kita, janganlah kita teruskan lagi. Buang saja.

Sebenarnya bila bercakap tentang saka ni, tak semua orang boleh terima. Maklumla, zaman dah moden kan. Walau bagaimanapun jin itu memang wujud. Nabi Sulaiman mempunyai pekerja2 dari golongan jin. Di dalam al-Quran banyak disebut tentang Jin, sependek2 surah an-Nas, dan juga terdapat satu surah namanya surah al-Jin. Mereka adalah makhluk Allah juga, tapi mereka tidak berkuasa. Cuma jadi powerful sebab kita ni sejak kecil dah ditakut-takutkan dengan momok, hantu, jin toncet dan sebagainya.

Namun kalau mengalami masalah2 berkaitan emosi, perasaan ni, sebaiknya berjumpalah yang pakar. Jumpa doktor dulu untuk pastikan tak ada masalah berkaitan fizikal mahupun psikologi. Maklumlah kadang2 orang yang mengalami masalah dengan otak (brain) akan mengalami perkara2 macam halusinasi, schizophrenia dan pelbagai penyakit psikologi yang dapat diselesaikan dengan kaedah perubatan dan terapi. Namun sekiranya dah disahkan tidak mengalami apa2 masalah dari segi medikal, cepat2 dapatkan perawat alternatif yang benar2 patuh syariah. Maklumlah zaman sekarang banyak sangat yang menipu.


MENYUSUN SAKA
Di zaman ini masih ada juga mereka yang berminat untuk mendapat perkhidmatan dari alam Ghaib....Mendapat Perkhdimatan ini banyak risikonya terutama kalau kean sampai kena bertapa...Maka kenapa tidak diguna pakai yang sedia ada sahaja seperti SAKA

Maka Bermulalah akan ia suatu Ilmu Menyusun Saka....

Saka boleh terbatal perjanjiannya melalui beberapa cara ;

a) Tamat Tempoh perjanjian...paling lama yang pernah didengar ialah 7 keturunan. Perjanjian boleh di sambung semula. Biasanya keturuann di bawah seperti keturunan ke 7 sudah tidak tahu cara berhubung dengan Sakanya. Kecuali memang dia terlibat secara lansung dalam bidang yang memerlukan bantuan makhluk Ghaib...Seperti Bomoh dan lain2..Mereka boleh sahaja menyambung kontrak dengan saka tanpa bantuan orang lain yang berkebolehan.

b) Tamat akibat tidak menjaga perkara-perkara didalam perjanjian semasa mengambil Saka. Ada keadaan Saka akan pergi begitu sahaja bila waris seolah-olah tidak mengikut kaedah2 menjaga yang di perturunkan..With no heart feeling... Saka jenis begini katakan putus di waris keturunan ke 4 dan tetiba waris yang ke tujoh berminat maka Suatu kontrak baru boleh dimenterai...Sukar atau tidak menjalin kontrak baru bergantung kepada Jenis Saka dan tentunya melibatkan apa tugas Saka sebelum ini...Seorang pakar Saka boleh sahaja melihat ke belakang...apakah jenis dan tugas saka sebelum ini...dan boleh berhubung terus dengan Saka untuk mengetahui akan syarat-syarat mengikat kontrak. Biasa saka akan memberitahu kaedah2 menyediakan bahan2 seperti kali pertama mereka membuat perjanjian dahulu...Atau ada syarat dan barangan baru yang di perlukan...sesuai dengan perkembangan semasa...

c) Ada saka datang melaui barang seperti bulu kaki Hantu Tinggi, kerambit, keris, keronsang, cincin dan lelain barangan...Maka Selagi barangan ini terpelihara..saka masih dikatakan berfungsi mengikut amanah dan perjanjian mereka yang mula2 mengambilnya dahulu...Namun walaupun barangan ini telah musnah dek usia...Masih ada jalan untuk mereka berkhidmat kembali dengan syarat hendaklah dihubungi akan saka tersebut...

" Bagaimanapun kaedah membuang barang2 pusaka ke laut/sungai sebagaimana banyak dipraktiskan oleh perawat2 Darul amatlah kurang mujarabnya....Pertama kena pastikan Saka diikat bersama barang tersebut. membuang barangan sahaja tanpa melibatkan Saka...akan menyebabkan Saka lebih mengganas dan mungkin mula mendiami tubuh manusia pula...disebabkan Perumah mereka musnah..."

" Sebaiknya buang aja saka tu..dan barangan tersebut di jual..boleh juga dibuat upah membuang saka..Ada perawat sanggup mengambil keris bersaka sebagai bayaran...Barangan yang terdiri dari misai rimau atau hidupan...Flush aje..."


d) Saka yang dibuang oleh perawat...Perawat yang tidak mahir paling lama 1-3 tahun dan ada yang 3 hari sahaja sudah kembali. Saka akan bebas kembali...( Carilah perawat lain kalau 3 hari dah balik, mungkin bukan tahap dia untuk handle semua jenis saka )

Kalau Saka yang masih berminat dengan Tuan lama biasanya kehadiran nereka ialah melalui petunjuk mimpi. Tindak balas saka biasanya bergantung kepda kaedah membuang saka oleh Perawat suatu ketika dulu...Jika kasar caranya seperti menyembelih tapi tak mati, Rukyah yang membakar sebahagian tubuh mereka...mereka akan berdendam....Dan biasanya syarat2 yang dikenakan jika tiba2 Waris sudah tidak tahan diganggu akibat tiada perawat mampu membantu atau tiba2 berminat membela Saka kembali biasanya lebih ketat....Ada setengah2 perawat yg diminta untuk Setelkan masalah ini terpaksalah bersabar dengan karenah Saka tersebut....Ini berbeza dengan Saka yang datang membalas dendam selepas mereka mampu kembali..biasanya mereka sudah semakin hebat dan not alone anymore...Maybe depa bertapa kut...Maka kalau perawat yang pernah membuangnya dahulu masih di takuk lama....maka bersiaplah....Dendam Kesumat....